Tuesday, June 3, 2014

Aku Mujahidah 1 (2/2)

Sedutan "Aku Mujahidah" 1 (1/2)...
"Mak , Jidah nak cakap sikit ni mak . Kita tak pernah berbual kan mak . Kenapa kawan-kawan Jidah yang lain boleh berbual dengan mak diorang macam kawan ?"
"Mak diorang tak sibuk , mak kerja Jidah oi ! Nampak tak kertas banyak depan mak ni !" Keras bunyinya .
"Mak , jadi cikgu best tak?" Jidah cuba tune Mak Fad .
"Macam ni lah , nampak tak mak macam mane"
"Emmm....." Jidah menghentikan perbualan .


Cont :
Mujahidah tiba-tiba teringat seuatu saat ketika dia cuba berkomunikasi dengan ibunya . Dia mahu ibunya mendengar , dia mahu ibunya memberi saran bukan amarah . Baru sahaja Jidah bangun, "Kamu tu kalau mak mintak tolong , bukannya nak tolong , payah". 'Sebab tu ke mak taknak cakap dengan aku?' Hanya mampu membisikkan dalam hati .

Jidah bangun dari katilnya terus ke dapur . Tuang air jarang dalam cawan sederhana , dia minum seteguk sambil merenung ke dinding , ada empat suis elektrik di hadapannya , dia minum seteguk lagi dan merenung lagi dan seteguk lagi , habis airnya . Mak Fad masuk melalui pintu dapur , baru habis mengangkat kain yang dijemur , hari seperti akan hujan . Mak Fad melihat anaknya , Jidah menoleh pandangan ke arah ibunya , dilihat ibunya sesaat dan
"Mak dah makan?"
"Kamu yang terperuk dalam bilik kenapa tanya orang kat luar?"
Jidah kembali ke biliknya dan kembali bersama 'dunia'nya . 'Mak kalau jawab elok-elok sikit tak boleh ke , tiap kali aku tanya mesti jawabnya , annoying' Jidah mengomel sendirian .
Jidah menatap skrin dipenuhi kod HTML . Dia cuba untuk tidak ketagih tetapi masih lagi tangannya menaip laju . Dia bukannya memiliki identiti penggodam malah dia bukan seorang pakar komputer .

Ayah? Dalam hidup Jidah , ayah merupakan orang yang paling jauh dengannya . Dia merasakan tanpa ayah lebih baik . Siapa yang perlukan ayah yang tidak tetap pendirian ? Itu yang berada dalam fikiran Jidah . Dia sudah cuba memaafkan ayahnya tetapi ayahnya seperti tidak mampu berubah . Bagi Jidah , keadaan keluarganya boleh dikatakan 'broken family' . Ayahnya tinggal berasingan dan Jidah sendiri tidak tahu status sebenar ibu dan ayahnya . Jidah mengharapkan kebaikan dalam satu hubungan keluarga . Kebaikan yang membawa keberkatan dan yang penting dia mahu ayahnya mampu memimpin keluarganya ke syurga Allah , jannatullah tetapi disebabkan tidak pernah sekali mereka sebagai satu keluarga solat berjemaah , bagi Jidah harapannya biarlah tinggal harapan . Bukan Jidah tidak bersuara tetapi ayah mana yang tidak tecabar egonya apabila seorang anak perempuan yang menasihatinya .

Jidah mengharapkan suatu perubahan dan masih berharap .



No comments: