Sunday, December 22, 2013

Bekalan Ukhrawi Masih Sedikit ?

Siapa yang mampu menghitung dosa dan pahalanya ?
Siapa yang tahu sejak bila dihitung dosa dan pahalanya ?
Siapa yang mahu dosanya lebih banyak daripada pahala ?

Tiada , tiada jawapanku . Tiada siapa mampu , tiasa siapa tahu , tiada siapa mahu .
Bahkan manusia memang sentiasa dahaga .
Pahala juga didahagakan tapi liat membuat amal kebajikan .
Makin merisaukan akhir zaman dilimpahi segala kemaksiatan tanpa sedar dilakukan .
Makin hari makin merosot akidah umat Islam , makin bahagia iblis dan tenteranya .

Kita di mana ?
Lena ? Sedangkan iblis dan tenteranya , bersusah-payah menghancurkan impian kita untuk ke syurga .
Lena ? Walaupun telah banyak petanda kiamat dihidangkan kepada kita .
Lena ? Masih di takuk lama yang tidak memberi jaminan 'selamat' di akhirat nanti .
Masih mahu lena ?

Hati kita ?
Dengki dengan kejayaan orang tapi tidak berusaha untuk ke hadapan .
Lemah dek kegoyahan melawan nafsu , ditusuk-tusuk , dinoda dengan hasutan tentera iblis .
Cemburu dengan soleh dan solehah orang lain tapi tidak cuba untuk letakkan ikhlas dan 'hasan' dalam jiwa .
"Dalam diri manusia ada segumpal daging , jika baik daging itu maka baiklah seluruhnya manusia itu dan sebaliknya"
Masih mahu lekatkan titik hitam dalam hati kita ?

Cukuplah , cukuplah dengan kata-kata ini . Cukuplah pesanan dari diri yang juga kadang-kadang lalai dan terbuai dek panahan hasutan namun masih cuba dan akan sentiasa mencuba untuk memperbaiki agar diterima sebagai ahli syurga kelak . Cukuplah untuk sahabat fikirkan . Fikirkanlah , tingkatkanlah amal agar cukup bekalan kita di akhirat nanti .

No comments: