Wednesday, August 21, 2013

Buat hati yang lemah \(^^)/ "Inni qarib" Kata Allah .

"La Tahzan , Innallahmaana"

Tiada siapa yang tidak pernah berasa sedih .
Tiada siapa yang tidak pernah menangis .
Segagah lelaki pasti pernah menitiskan air mata .
Apatah lagi wanita yang lembut hatinya .

Dalam dunia ni , sememangnya manusia takkan terlepas dari ujian .
Tiada manusia yang beriman yang tidak diuji .
Bila Allah datangkan kesedihan , Allah kata "Inni qarib" (Sesungguhnya Aku dekat) .
Rujuklah pada Allah kekuatan , keyakinan dalam hati untuk hapuskan kesedihan yang kita alami .
Ujian Allah takkan lebih berat daripada yang kita boleh tanggung .
Allah uji sebab Allah sayang .
Mungkin sekarang amal kita bolong-bolong , istiqamah tiada kemudian kita merasakan kekurangan yang banyak , kita merasakan kita telah melakukan dosa . Alhamdulillah , kita masih ada iman . Allah lahirkan rasa takut kepada kita untuk melakukan dosa . Allah lahirkan rasa takwa . Takwa ni secara ringkas : Rasa takut untuk melakukan apa yang Allah larang . Kalau di rumah , berada dekat dengan mak ayah kita tidak berani melakukan apa yang akan membuatkan ibu bapa kita marah , setelah berada jauh dengan keluarga , kita rasa bebas kerana tidak dikawal tapi sebenarnya ibu bapa telah amanahkan kita rasa takwa ini . Kalau bukan kerana ibu bapa , ingatlah Allah sentiasa memerhati . Jika kita ke mana-mana , pandanglah mata sendiri , ingatlah kita ada dua mata , ibaratkan sebelah mak dan sebelah lagi ayah . Fikirkan , sanggupkah kita melukakan hati mereka .

Kesenangan yang Allah beri .
Juga ujian Allah . Allah ingin melihat apakah kita akan menghargai nikmat Allah . Adakah kita akan bersyukur (berterima kasih kepada Allah) atau kita kufur (merasakan tidak cukup) . Allah kurniakan kita kawan-kawan , kita perlu juga bersyukur . Allah hadiahkan kita pendamping . Bayangkan kalau hidup kita tiada orang yang nak berkawan ? Ingatlah kawan-kawan ini walau perlu dipilih tapi jangan pilih kasih . Dunia ni Allah beri peluang untuk kita cari bekalan ke akhirat . Dengan adanya kawan-kawan , mereka akan membantu kita memburu title ahli syurga . Apabila kawan kita seakan mahu jauh dari Allah , kita berusaha untuk tarik dia semula dekat dengan Allah . Kita di dunia perlu laksanakan 3 tanggungjawab utama iaitu sebagai khalifah , hamba dan da'ie . Takut ? Allah kata "Inni qarib" Kalau takut nak menasihati kawan , rujuklah Allah agar Allah berikan kelembutan hati kepada kawan untuk mendengar nasihat yang ingin kita sampaikan . Dah nasihat ? Perubahan tiada ? Kita hamba Allah yang tidak memiliki hidayah untuk diberikan kepada orang lain . Hanya Allah yang berhak memberi hidayah kepada siapa jua yang Allah hendak . Tugas kita , sampaikanlah nasihat . Jangan pernah berhenti , jangan berputus asa . Ini bukan masalah 'jaga tepi kain orang' tapi ini adalah masalah bersama kerana apa ? Kerana kita dijadikan hidup berjemaah . Sebuah jemaah itu ibarat 'cucuk paha kiri , paha kanan terasa' . Ukhwah yang lahir dari jemaah itu akan membuatkan kita rasa sayang , disebabkan rasa sayang , kita akan cuba untuk selamatkan kawan kita kerana tidak mustahil , jika kita endahkan sahaja kita juga mungkin tidak selamat .

Rasa takbur ?
"Astaghfirullahalazim"
Beristighfar sebanyaknya .
Allah kurniakan kita kelebihan , kita rasa riak .
Riak memang tidak boleh dikawal .
Jika ianya hadir maka dengan segera beristighfarlah .
Sekarang dilabel sebagai akhir zaman .
Bermacam-macam jenis perangai ada .
Namun , kita perlu kembali kepada fitrah yang manusia ni diciptakan untuk beribadah kepada Allah .
Siang Allah berikan untuk kita cari rezeki , tuntut ilmu , buat kajian dsb kerana dengan amal-amal soleh ini juga , akan mendekatkan diri kita pada Allah . Bangun pagi-pagi sebut "Allah , terima kasih . Allah sengaja aku melakukan apa jua pekerjaan pada hari ini sebagai ibadah kepadaMu ya Allah" Ibadah bukan solat semata-mata . Bila kita niat melakukan apa sahaja kerana Allah , inilah yang membezakan kita dengan bukan Islam . Kalau kita niat melakukan perkara yang baik kepada Allah , Allah dah beri pahala untuk kita . Kalau orang bukan Islam niat melakukan perkara yang baik , mereka dapat pahala ? Sudah tentu tidak . Betapa Allah Maha Pemurah , baru niat belum buat . Kalau dah buat lagi bertambah pahala . Malam Allah beri untuk rehat dan beribadah . Rehat bukan maksudnya tidur sekurang-kurangnya 6 jam . Sekarang kita dah set minda kita untuk lebih rehat sebenarnya . Selepas 2/3 malam (selepas isyak) ambillah masa untuk berehat sehingga 1/3 malam bersedialah untuk mengahadap Allah , bertahajud , berzikir , berdoa . Kata Allah "Inni qarib" . 

Indah hidup ini jika kita melakukan semua hal kerana Allah . Cukuplah jika ada Allah kita akan merasakan kita cukup segalanya . Kata Allah "Inni qarib" (Sesungguhnya Aku dekat)

1 comment:

CXopportunities said...

La Tahzan ya ukhti, Innallahmaa :) InsyaAllah