Wednesday, August 21, 2013

Buat hati yang lemah \(^^)/ "Inni qarib" Kata Allah .

"La Tahzan , Innallahmaana"

Tiada siapa yang tidak pernah berasa sedih .
Tiada siapa yang tidak pernah menangis .
Segagah lelaki pasti pernah menitiskan air mata .
Apatah lagi wanita yang lembut hatinya .

Dalam dunia ni , sememangnya manusia takkan terlepas dari ujian .
Tiada manusia yang beriman yang tidak diuji .
Bila Allah datangkan kesedihan , Allah kata "Inni qarib" (Sesungguhnya Aku dekat) .
Rujuklah pada Allah kekuatan , keyakinan dalam hati untuk hapuskan kesedihan yang kita alami .
Ujian Allah takkan lebih berat daripada yang kita boleh tanggung .
Allah uji sebab Allah sayang .
Mungkin sekarang amal kita bolong-bolong , istiqamah tiada kemudian kita merasakan kekurangan yang banyak , kita merasakan kita telah melakukan dosa . Alhamdulillah , kita masih ada iman . Allah lahirkan rasa takut kepada kita untuk melakukan dosa . Allah lahirkan rasa takwa . Takwa ni secara ringkas : Rasa takut untuk melakukan apa yang Allah larang . Kalau di rumah , berada dekat dengan mak ayah kita tidak berani melakukan apa yang akan membuatkan ibu bapa kita marah , setelah berada jauh dengan keluarga , kita rasa bebas kerana tidak dikawal tapi sebenarnya ibu bapa telah amanahkan kita rasa takwa ini . Kalau bukan kerana ibu bapa , ingatlah Allah sentiasa memerhati . Jika kita ke mana-mana , pandanglah mata sendiri , ingatlah kita ada dua mata , ibaratkan sebelah mak dan sebelah lagi ayah . Fikirkan , sanggupkah kita melukakan hati mereka .

Kesenangan yang Allah beri .
Juga ujian Allah . Allah ingin melihat apakah kita akan menghargai nikmat Allah . Adakah kita akan bersyukur (berterima kasih kepada Allah) atau kita kufur (merasakan tidak cukup) . Allah kurniakan kita kawan-kawan , kita perlu juga bersyukur . Allah hadiahkan kita pendamping . Bayangkan kalau hidup kita tiada orang yang nak berkawan ? Ingatlah kawan-kawan ini walau perlu dipilih tapi jangan pilih kasih . Dunia ni Allah beri peluang untuk kita cari bekalan ke akhirat . Dengan adanya kawan-kawan , mereka akan membantu kita memburu title ahli syurga . Apabila kawan kita seakan mahu jauh dari Allah , kita berusaha untuk tarik dia semula dekat dengan Allah . Kita di dunia perlu laksanakan 3 tanggungjawab utama iaitu sebagai khalifah , hamba dan da'ie . Takut ? Allah kata "Inni qarib" Kalau takut nak menasihati kawan , rujuklah Allah agar Allah berikan kelembutan hati kepada kawan untuk mendengar nasihat yang ingin kita sampaikan . Dah nasihat ? Perubahan tiada ? Kita hamba Allah yang tidak memiliki hidayah untuk diberikan kepada orang lain . Hanya Allah yang berhak memberi hidayah kepada siapa jua yang Allah hendak . Tugas kita , sampaikanlah nasihat . Jangan pernah berhenti , jangan berputus asa . Ini bukan masalah 'jaga tepi kain orang' tapi ini adalah masalah bersama kerana apa ? Kerana kita dijadikan hidup berjemaah . Sebuah jemaah itu ibarat 'cucuk paha kiri , paha kanan terasa' . Ukhwah yang lahir dari jemaah itu akan membuatkan kita rasa sayang , disebabkan rasa sayang , kita akan cuba untuk selamatkan kawan kita kerana tidak mustahil , jika kita endahkan sahaja kita juga mungkin tidak selamat .

Rasa takbur ?
"Astaghfirullahalazim"
Beristighfar sebanyaknya .
Allah kurniakan kita kelebihan , kita rasa riak .
Riak memang tidak boleh dikawal .
Jika ianya hadir maka dengan segera beristighfarlah .
Sekarang dilabel sebagai akhir zaman .
Bermacam-macam jenis perangai ada .
Namun , kita perlu kembali kepada fitrah yang manusia ni diciptakan untuk beribadah kepada Allah .
Siang Allah berikan untuk kita cari rezeki , tuntut ilmu , buat kajian dsb kerana dengan amal-amal soleh ini juga , akan mendekatkan diri kita pada Allah . Bangun pagi-pagi sebut "Allah , terima kasih . Allah sengaja aku melakukan apa jua pekerjaan pada hari ini sebagai ibadah kepadaMu ya Allah" Ibadah bukan solat semata-mata . Bila kita niat melakukan apa sahaja kerana Allah , inilah yang membezakan kita dengan bukan Islam . Kalau kita niat melakukan perkara yang baik kepada Allah , Allah dah beri pahala untuk kita . Kalau orang bukan Islam niat melakukan perkara yang baik , mereka dapat pahala ? Sudah tentu tidak . Betapa Allah Maha Pemurah , baru niat belum buat . Kalau dah buat lagi bertambah pahala . Malam Allah beri untuk rehat dan beribadah . Rehat bukan maksudnya tidur sekurang-kurangnya 6 jam . Sekarang kita dah set minda kita untuk lebih rehat sebenarnya . Selepas 2/3 malam (selepas isyak) ambillah masa untuk berehat sehingga 1/3 malam bersedialah untuk mengahadap Allah , bertahajud , berzikir , berdoa . Kata Allah "Inni qarib" . 

Indah hidup ini jika kita melakukan semua hal kerana Allah . Cukuplah jika ada Allah kita akan merasakan kita cukup segalanya . Kata Allah "Inni qarib" (Sesungguhnya Aku dekat)

Tuesday, August 20, 2013

HA KHA DA #3

Da untuk Da'ie .

Siapa Da'ie kalau bukan kita ?
Kita memikul tugas da'ie ini kerana telah dinyatakan dalam Al-Quran kita adalah umat terbaik . Umat terbaik yang membawa kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran . Kita tiada masa untuk menilai keburukan orang lain , berbicara dalam erti kata lain kutuk belakang atau suuzon dengan tindakan orang lain . Apabila kita lihat kemungkaran hendaklah kita cegah dengan 3 cara .

Yang pertama dengan kuasa yang kita ada sebagai contoh , kita adalah pengawas sekolah yang sedang melihat ada pelajar yang sedang ponteng maka hendaklah kita dengan berhikmah mengarahkan agar pelajar tersebut masuk ke kelas .

Yang kedua dengan nasihat . Menyampaikan nasihat adalah suatu cara menghalang kemungkaran . Nasihat yang bagaimana ? Kata-kata yang tidak mengguris hati (sopan) dan sampaikan dengan berhikmah . Seandainya mahu menyampaikan nasihat melalui FB juga dengan berhikmah . Apa guna Private Message ? Hantarkan saja PM yang berisi nasihat . Ingat , sampaikan dengan berhikmah .

Yang ketiga dengan hati . Kita tanamkan dalam hati yang kita membenci kemungkaran "Aku benci maksiat!" kemudian kita ajak diri kita sendiri ke arah kebaikan . In shaa Allah apabila kita menjadi baik kemudian aura itu tersebar , orang yang memandang juga akan terdorong kepada kebaikan . Penghijrahan itu suatu kebaikan .

HA KHA DA #1
HA KHA DA #2


Thursday, August 15, 2013

HA KHA DA #2

Seterusnya Kha yang membawa maksud Khalifah

Khalifah adalah setiap muslim dan setiap muslim itu adalah khalifah . Seperti firman Allah dalam Surah Al baqarah ayat 30 .

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah (pengganti, pemimpin atau penguasa) dibumi' Mereka berkata; Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih, memuji-Mu dan mensucikan nama-Mu? Dia berfirman, 'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui'.

Bidangkuasa khalifah dalam siyasah syar`ieyyah, diistilahkan oleh ulama’ sebagai tanggungjawab wilayah al-Ammah, ianya merangkumi segala bidang yang dapat mencapai kerahmatan hidup untuk manusia di dunia dan akhirat. Kerahmatan, kedamaian dan kenteraman hidup individu, keluarga dan masyarakat dan  keadilan hak dan tanggungjawab sesama manusia merupakan amanah Allah kepada manusia yang dilantik Allah menjadi khalifah-Nya di dunia ini....continue reading

Haa , besar tak besar amanah yang Allah beri ni . In shaa Allah , pupuk keikhlasan dalam hati semoga kita menjadi hamba yang diredhai , aamiinn .


Sunday, August 4, 2013

HA KHA DA #1

Bermula dengan HA iaitu Hamba

Sebagaimana kita common dengan perkataan hamba ni , bermacam definisi boleh diberi . Hamba kepada tuan , hamba kepada Allah , hamba kepada manusia?

Hamba di sini membawa skop Hamba Kepada Pencipta iaitu Allah S.W.T . Kita sebagai hamba yang Allah ciptakan bukan dipaksa untuk melakukan tugas berat sepertimana dalam Al-quran sendiri ada menyatakan bahawa "La ikraha fiddin" yang bermaksud "Tiada paksaan dalam agama ini(Islam)" tetapi Allah telah berfirman dalam Al-quran yang membawa maksud "Sesungguhnya tidak diciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku" . Berdasarkan ayat tersebut Allah tidak menyatakan kita diciptakan untuk menyembah Allah iaitu bukan kita wajib untuk solat sahaja tetapi menunaikan ibadah .

Ibadah ni sangat luas . Ada ibadah khusus , ada ibadah umum . Ibadah khusus adalah yang telah ditetapkan oleh syarak seperti solat , menunaikan zakat , ibadah qiamulail dan sebagainya . Ibadah umum pula ibada selain yang ada dalam Al-Quran iaitu ibadah termasuk amalan seharian manusia . Inilah yang membezakan kita dengan bukan Islam . Jika kita melakukan sesuatu amal , berpaksi pada niat kita kan? Kalau orang bukan Islam , niat dikira ke? Tidak . Betapa Allah Maha Pemurah , Allah kurniakan pahala untuk niat yang baik . Bila sebut sahaja "Allah" yang bermaksud kita sedang ingat pada Allah , pun dapat pahala . Subhanallah . 

Ni nak kongsi cerita . Ada 12 orang miskin yang akan diagihkan sekeping roti setiap seorang dan muncul seorang musafir dan telah mengambil bahagian roti seorang fakir maka hanya 11 orang fakir yang dapat roti dan ada seorang yang tak dapat , melihat fakir itu kelaparan , musafir tu pun berilah roti tadi dan disebabkan dia yang kelaparan musafir itu meninggal dunia . Apabila ditimbang amalannya , musafir itu telah membuat banyak kebaikan , ibadah and so on tetapi perbuatan mazmumahnya telah memberatkan timbangan sebelah kiri . Setelah disemak lagi ada satu perkara yang telah memberatkan timbangan sebelah kanannya iaitu dengan memberi roti kepada seorang fakir dan sanggup biarkan diri dia kelaparan , subhanallah . Itulah cerita berkaitan peranan manusia sebagai HAMBA .

TO BE CONTINUED