Tuesday, March 5, 2013

Program Menara Gading 4 Negeri Sembilan Day 2

Kekuatan jemaah mengejutkan kami pada jam 4.45pagi dan bersiap untuk menunaikan qiamulail secara berjemaah . Kami menunaikan solat sunat taubat , solat sunat hajat dan solat sunat witir sebagai penutup . Sementara masuk waktu subuh , kami membaca al-quran yang juga ibadah qiamulail . Setelah selesai solat subuh secara berjemaah , kami dihidangkan dengan santapan rohani oleh Abang Razak yang merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa(UIA) . Kuliah beliau bertajuk 'Izzah Seorang Muslim' . Apa yang ana boleh kongsikan berdasarkan apa yang ana catat :

  • Nikmat ibadah perlu kita syukuri
  • Mahasiswa merupakan orang yang hebat
  • Perlu meningkatkan diri dengan pelbagai ilmu
  • Dalam surah Al-furqan ayat 63 , orang yang mulia adalah orang yang berjalan di muka bumi dengan rendah hati (bukan orang yang lemah-longlai) 
  • Infakkan harta di jalan Allah
  • Syaitan benci orang yang menghadiri majlis ilmu , syaitan akan bawa 3 benda : lipstik(bercakap dalam majlis ilmu) , celak(mengantuk dalam majlis ilmu) dan tongkat(bosan dengan majlis ilmu)
  • Orang yang dijanjikan syurga adalah orang yang hatinya lekat pada masjid
in shaa Allah dapat kita manfaatkan bersama tazkirah di atas .

Kemudian , pada hari yang sama , Abang Ali Imran dengan tajuk 'Menara Gading' telah menyampaikan sesuatu yang menarik . Beliau menyatakan bahawa kita sedang diancam hedonisme(hiburan melampau) dan mengalami krisis nilai
Krisis nilai dari sudut politik , etika sosial , pendidikan dan kekeluargaan . 

Awal perkembangan Islam , musuh tak dapat kalahkan kita sebab kekuatan akidah sampai satu masa , musuh Islam menemui jalan untuk mengalahkan kita dengan perang minda berbentuk dakyah yang mengejar 3G iaitu Gold , Gospel dan Glory . Tujuan 3G ialah untuk memutuskan tali antara umat Islam dengan Islam sendiri supaya hilang kekuatan akidah umat Islam dan kini kita seperti hidup dalam kebodohan . Anologinya ialah :

Pada suatu hari , mati seekor ibu singa yang baru melahirkan anak . Anak singa yang buntu berjalan dengan terpinga-pinga sehingga bertemu sekelompok kambing biri-biri . Anak singa hidup dengan biri-biri dan menjalani kehidupan seperti biri-biri iaitu makan rumput , mengembek dan lain-lain sampai singa menjadi dewasa sehingga pada suatu hari , sekumpulan serigala datang menyerang dan biri-biri bertempiaran lari . Dalam kelompok biri-biri tadi muncullah singa dan serigala berhenti mengejar biri-biri kerana tahu kekuatan singa lebih berbanding mereka . serigala mematahkan niat dan berpatah balik . Tiba-tiba , serigala dengar ada yang mengembek dan menoleh semula ke belakang , apabila serigala mendekati singa , singa mengembek dan apabila didekati lagi , singa mengembek lagi kerana ketakutan . Oleh sebab tidak tahan menahan ketawa , serigala batalkan niat untuk makan singa tersebut dan singa itu dibawa ke air untuk singa lihat wajahnya yang sebenar . Serigala memberitahu singa ialah singa dan bukan kambing .

Itulah anologi kita sekarang yang hidup dalam kebodohan di mana kita tahu diri kita Islam tetapi tidak mengamalkan garis syarak sebaiknya . Apa perlu kita berdiam diri? Ayuh bertindak! Jangan jadi seperti singa si atas .

Abang Ali Imran juga berkongsi mengenai Prof. Ridzuan Osman yang mengetuai Universiti Malaya(UM) untuk menaikkan prestasi UM di peringkat antarabangsa jadi beliau telah ke Ireland dan meninjau sistem pendidikan di sana dan mendapati kita tidak mampu menyaingi mereka kerana mereka telah memecut namun kita masih merangkak

Wahyu pertama yang diturunkan ialah "Iqra'" yang bermaksud "bacalah" . Ini menunjukkan bahawa kita perlu mendapatkan ilmu sebanyaknya supaya kita mampu memajukan diri sendiri seterusnya agama , bangsa dan negara . Kita perlu bertindak dengan perlu mengetahui prinsip-2 Islam secara total (perlu tahu matlamat) , kita juga perlu tahu beza nilai dunia dan akhirat , perlu tahu prinsip jahiliah dan kita perlu tahu bahawa kematian itu pasti .

Anologi nilai dunia ialah kambing yang apabila mati , dibuang . Ingin disampaikan di sini bahawa dunia ini tiada nilai , hanyalah sebuah jambatan ke akhirat . Allah janji , siapa yang nak dunia , dia takkan peroleh akhirat tapi kalau nak dua-2 , dia akan dapat dua-2 . 

Kita juga perlu ada ilmu dan beradab dengan ilmu yakni memanfaatkan ilmu yang kita punya dengan sebaiknya . Sebagai contoh kita tahu meja makan untuk makan jadi meja bukan untuk duduk . Ilmu juga adalah untuk diamalkan sepanjang hayat bukan untuk diperam jadi pekasam .

Abang Ali Imran

Seterusnya , dalam kumpulan kami perlu membandingkan mengenai kejayaan dan kegagalan seseorang berdasarkan artikel akhbar dan mengambil pengajaran daripadanya , latihan dalam kumpulan yang kedua ialah 'Silent Mode'


Ada orang buta , orang bisu dan orang pekak .

Orang yang bisu harus menyampaikan kepada yang buta dan pekak untuk membina menara dengan menggunakan kertas . Cabaran ini mengajar untuk tidak berputus-asa dalam mencapai sesuatu walau pelbagai halangan yang datang . 

Kami juga ada forum . Abang Adam sebagai moderator , Abang Raza dan Kak Afiah sebagai ahli panel . Forum ini mengandungi perkongsian aktiviti selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) oleh kedua-dua panel dan sesi soal jawab .

Kami juga ada aktiviti luar yang kelakar , ekeke .


Menggunakan keyword untuk ke hadapan , ke belakang , ke kiri dan ke kanan , 2 orang yang ditutup matanya perlu mengutip 9 biji bola kertas yang disepak-sepak oleh fasilitator .

Pada sebelah malam , kami ada debat dengan usul 'Anak Luar Nikah , Salah Siapa?' . Setiap kumpulan mewakili pihak individu , ibu bapa , guru dan masyarakat yang perlu menyatakan salah siapa dan kenapa. 



Konklusinya , semua pihak salah , hahaha . Debat ini cuma untuk melatih semua peserta untuk berani bercakap . Kita semua perlu tahu tentang isu semasa . Setiap orang ada perspektif ilmu . Kita sendiri tak patut memperbodohkan diri kita . Suatu perubahan itu berperingkat . Kalau perubahan drastik , maka kejatuhan pun akan drastik . Debat ni juga buka minda supaya lihat dunia luar walau duduk dalam suatu tempat sahaja . 

Khalas untuk hari kedua .