Thursday, February 14, 2013

Program Menara Gading 13 Selangor Day 2

Di sini tiada ayam berkokok , cuma ada kekuatan ukhwah antara kami yang membangunkan kami pada jam 4pagi hingga 5.15pagi untuk melaksanakan sunnah nabi iaitu ibadah qiamulail . Walaupun penat menghabiskan hari semalam sehingga ada yang tidur jam 3 dan mungkin juga ada yang tidur tak lena , subhanallah semua dapat sertai qiamulail ini , alhamdulillah . Mana lagi nak dapat kekuatan ukhwah sebegini kalau tidak dalam program ini . 

Selesai qiamulail kami disajikan dengan tazkirah oleh Abang K , bukan Datuk K yee , Abang K membicarakan mengenai langkah pertama . Simpul isi ialah , ke mana-mana pun kita pergi , jadilah seperti cawan yang kosong agar mudah diisi . Selepas itu , giliran Abang Fawwaz membicarakan soal kembali kepada Allah atau dalam erti kata lain taubat . 

Tazkirah dilanjutkan hingga masuk waktu subuh . Kami solat secara berjemaah untuk semua solat fardhu di sini , subhanallah . Selesai solat subuh kami dilepaskan untuk menukar pakaian sehingga jam 8 pagi kami sekali lagi berjemaah menunaikan solat sunat dhuha , subhanallah . Di sini ana benar-benar bersyukur kerana dapat rasa suasana jemaah , biah islamiah , kekuatan ukhwah , ma shaa Allah . Kemudian kami baca al-ma'thurat berjemaah . Ini lah rutin pagi dalam program ni kecuali qiamulail yang hanya ada pada hari kedua program . Hari seterusnya semua bebas sama ada ingin melakukan qiamulail atau tidak .

Selesai di surau , kami bersarapan bersama-sama . Baca doa yang diimamkan dan memulakan dengan suapan pertama untuk orang sebelah , eh suapan pertama untuk sahabat sebenarnya . Kemudian , pada hari kedua kami ada aktiviti dalam kumpulan yang pertama . Kami telah diarah untuk menutup mata dan membayangkan benda yang paling berharga bagi kami . Antara jawapan yang diberikan ialah jam , iman , album lama , tiket bas dan jawapan ana sama dengan Helmi iaitu Al-quran *ana cakap dulu ye* :D as Al-quran melengkapi seluruh aspek kehidupan . Aktiviti kedua kami diarah untuk menutup mata sekali lagi dan meletakkan sebelah kasut kami di hadapan kami dan Abang Wan telah menukarkan kasut kami kepada peserta lain dalam kumpulan kami . Seterusnya , kami diminta men-describe tuan punya kasut tanpa tahu siapa sebenarnya tuan kasut di hadapan kami . Then kami main game :D seperti 'Ci Ku Pang' , 'Burger Kentang' , 'Seven Up' dan banyak lagi . Ada satu game ni kami diarah untuk pass botol secepat yang boleh dan kami catat rekod pass selama satu saat ! :O *tepuk tangan* Then kami disuruh Abang Umar ke hadapan untuk membuktikan bagaimana kami boleh mencapai satu saat passing botol tu dengan 10 orang . Kemudian kami dapat kopi Natura setiap seorang :D

Pada hari kedua ini juga kami disajikan dengan bicara mengenai kehidupan IPT oleh Kak Fadhilah yang memberitahu kami tentang gaya hidup mahasiswa , ada yang stress belajar hingga kesannya gugur apabila ingin melahirkan anak , tujuan menjadi mahasiswa , ciri-ciri yang perlu ada pada mahasiswa dan banyak lagi . Ohh , nak bocor rahsia , kami seharian tak mandi pada hari kedua ni . Memang semua orang tak mandi sebab banyak sangat aktiviti menarik sampai lupa nak mandi . Percayalah :P 

Kak Fadhilah 

Second day ni juga , kami ada aktiviti uji minda . Uji macam mana? 

Ni lah game tu , susun huruf jadi perkataan dan perkataan-2 tersebut membentuk perkataan MAHASISWA dengan setiap huruf pertama setiap perkataan . 

M - Matlamat Hidup
A - Amal Ibadat
H - Hukum Syara'
A - Agen Perubah
S - Sahsiah Diri
I - Idealisme
S - Sabar
W - Wibawa
A - Aktivisme
Ni kene keep in mind , keep in heart . Mahasiswa juga perlu tepis pengaruh negatif dan jadikan diri sendiri sebagai pengaruh positif untuk orang lain . Kalau kita nak pimpin orang lain , kita make sure kita boleh pimpin diri sendiri , right? As written in the Quran Al-baqarah -Verse 30

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bum." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namamu?" Dia berfirman, "Sungguh , aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"

Pada waktu maghrib , kami dihidangkan dengan kuliah maghrib oleh Abang Shukor , dia ni hebat . Cikgu akaun , hebat bukan? *krik krik krik* Biasalah tu , ana tanya bukan ada yang nak jawab , cengkerik menjadi teman setia . Dia membicarakan tajuk mahasiswa dan hedonisme . Hedonisme ialah hiburan melampau . Mahasiswa atau sesiapa pun memang mudah terpengaruh tapi bahaya hedonisme kepada mahasiswa ini memang berbisa . Akibatnya nanti , lalai . Lalai ni penyakit berjangkit yang bahaya , saudara dengan penyakit malas . Kan bahaya? *krik krik krik*

Eh , jammed ! Apa lagi aktiviti hari second ni o.O Sah otak gelong , takkan ni pun boleh lupa . Ada ala-ala forum perdana tapi namanya CA CA CA . Emceenya Abang K . Ahli panel ialah Kak Diana Amir , Kak Heliza Helmi dan Abang Radin . 


Seronoknya Abang K duduk sebelah Kak Diana Amir tu yee , sampai terketar kaki >.< ekeke . Dimulakan dengan Kak Diana Amir yang menceritakan sejarah beliau yang pada awalnya bertudung sehingga masuk ke alam universiti dan mengikuti kelas tarian , dia telah 'hilang' tudungnya kemudian beberapa bulan yang lalu dia kembali memakai tudung *dah lama jugak* . Seterusnya , Kak Ija menceritakan 'The Law Og Imagination' di mana pada zaman kecilnya dia suka berimaginasi dan imaginasinya menjadi kenyataan . Begitu pentingnya mind set sebenarnya . Imaginasi tanpa usaha juga tidak boleh . Abang Radin pula menceritakan jemaah , fungsinya , bagaimana beliau menyertai jemaah dan ana dapati ianya sangat bagus . Tetiba rasa rindu dengan usrah :'/ sob sob .

Setelah selesai CA CA CA , maka selesai lah untuk hari kedua . Kami baca al-mulk , supper dan tidur .

READ DAY 1





No comments: