Thursday, February 14, 2013

Program Menara Gading 13 Selangor Day 1

Awesome ! Itu perkataan yang ana boleh gambarkan mengenai program ini . Walaupun sebelum ini ana pernah menyertai Program Menara Gading Kebangsaan(PMGK) 2011 , yang program negeri ini tidak kurang hebatnya .

Disebabkan ana ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan jadi ana terpaksa bertolak lebih lewat dan ditambah masalah GPS yang tiba-tiba gilos , tak cukup makan agaknya jadi lewatlah ana sampai dalam pukul 9 malam macam tu , jadi ana tak sempat bersama peserta lain menyanyikan lagu tema PMG kerana 'dipaksa' makan *tapi ana tak rasa terpaksa pun* as waktu ana makan tu , peserta yang lain tengah dengan semangat nanyi lagu tu . Dah habis makan , ana pun masuk dewan , tengok semua kene tutup mata so ana pun tutup mata , ingat nak bagi big surprise lah kan rupanya cuma nak devide group je >.< ekeke . Orang yang ada kat depan masa tu , abang Umar , handsome tao , nak tengok handsome tak handsome?


Tengok dari tepi jelah , kalau bagi dari depan nanti ada yang pengsan pulak . Haha >.<

Setelah kami dibahagikan mengikut kumpulan yang menggunakan nama universiti-2 terpilih , kami diarahkan duduk mengikut kumpulan , sangat seronok ikut program ni sebab ikhtilat antara muslimin dan muslimat amat diambil serius . Alhamdulillah . Kemudian kami bergerak mencari tempat untuk group memasing dan mulakan taaruf . Dalam sesi taaruf kami telah diminta tujuan mengadiri program ini dan memasing telah memberi alasan memasing . Konklusi ana daripada sesi taaruf ini ialah kita bukan dilahirkan untuk menghakimi luaran seseorang tetapi bertepatan dengan surah hujurat ayat 13

"Wahai manusia! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa , bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti."

Nak kenal ahli kumpulan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM)? Jom




Dari bawah kiri : Farhan , Iskandar , Ehsan , Abang Afiq , Abang Wan , Helmi
Dari atas kiri : Hazira , Nabillah , Nidia , Shaza , Mino , Hana(ana)

Habis sesi taaruf , kami kembali ke Dewan Kuliah Utama(DKU) dan selepas itu kami membaca al-mulk sebagai pendinding . Selesai baca al-mulk kami menikmati supper kami , bubur lambuk dan kami balik ke mahallah(kolej) selepas makan .

Nantikan Day 2 :)




1 comment:

Setiasmile said...

sonok nye ad program cmni b4 masuk U...