Sunday, January 13, 2013

Berniqab?


Tersimpan niat cuma biar waktu menentukan , bukan ingin berdalih tapi sesungguhnya diri ini belum sempurna , bukan diri ini mengejar untuk menjadi sempurna , sesungguhnya tiada siapa yang boleh menjadi sempurna , dan diri ini banyak cacatnya , ibadahnya , akhlaknya , enjinnya bukan import , tapi radiatornya masih ada air , fiusnya masih bersambung , akarnya masih kuat , daunnya ada yang kuning tapi masih ada yang hijau baik , ini dah cukup meraban >.<

Pernah ramai yang menanya , soal hukum , bagaimana ingin memulakan , apa faedah dan sebagainya tapi diri ini hanya menjawab dengan memberi link-2 berkaitan perkara tersebut dan terdetik "kalau diri sendiri memulakan , bagaimana?" Dan aku khuatirkan jika diri ini tidak kuat oleh itu diri ini bermula dari bawah , boleh juga dikatakan bermula dari tengah , kata hati sungguh drastik menyuruh memulakan semula dari tengah yang bermakna diri ini pernah menjadi seseorang seperti yang ada sekarang ini tetapi tersekat di tengah jalan oleh kerana jati diri yang lemah mungkin . Kawan sekolah lama ana mungkin faham apa yang ana cuba maksudkan . Jadi , dapat disimpulkan , perubahan kini bermula dari tengah .

Sungguh , diri ini cemburu melihat wanita yang indah untuk menjadi perhiasan dunia , dan sebetulnya , yang lebih indah itu sudah banyak orang tahu yang bagaimana . Bukan niat untuk ikut-ikutan tapi perlu pupuk ikhlas dalam diri . Berkata hati kepada diri "akan sampai masanya tak lama lagi" . In shaa Allah , segalanya biar masa yang menentukan .


HUKUM BERNIQAB


Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertama sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.

Pendapat pertama adalah ulamak2 mazhab Hanafi dan Maliki dan pendapat kedua pula ialah ulamak2 mazhab Syafie dan Hanbali.

Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.

Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.

Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.

Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.

Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil2 yang terperinci tentang kewajipan berpurdah ini silalah merujuk kitab "Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.

Di sana boleh kita lihat kesemua dalil2 dari Al-Quran & Sunnah dan perkataan Abu 'Ala Al-Maududi tentang kesalahan orang2 yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hijab yang menutup wajahnya.

walahua'lam
- ustaz azhar idrus -

Source : http://insanbiasayglemah.blogspot.com/2012/04/hukum-berniqab.html


Ada juga yang ana tanyakan kepada senior ana berkaitan hukum berniqab dan jawapannya ialah hukum berniqab boleh jadi harus apabila kecantikan seseorang wanita biasa-2 sahaja dan wajib sekiranya dapat menimbulkan fitnah/membangkitkan nafsu syahwat lelaki .

MENGAPA LELAKI TIDAK PERLU BERNIQAB


Ada pula seorang lelaki bertanya , kenapa lelaki tidak perlu berniqab . Ana jawab , anologi : lelaki diciptakan mempunyai 9 akal dan 1 nafsu . Nafsu yang dimiliki lelaki ialah nafsu kubra yang mana lelaki mudah tertarik akan kecantikan dan mudah terangsang serta boleh sampai satu tahap dia akan berani bertindak tanpa berfikir manakala perempuan tidak , sekuat mana tarikan/ke-handsome-man lelaki , perempuan tidak akan mencuba-cuba . cuba apa? Fikirkan lah krik krik krik 



Salah silap , mohon ditegur ;) 

No comments: