Wednesday, January 30, 2013

Amy Hana With 25 Facts

Yawls , i've been tagged oleh Aishah . Dah terkono lah den *tahan gelak* Tag apa?

"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

Kadang rase macam susah jugak nak kenalpasti ciri-ciri diri sendiri ni . Fakta mengenai ana yang boleh ana share *25 macam banyak sangat* :

  1. Seorang yang mesra penduduk *gelak setan* means peramah . Ana memang sangat senang diajak berbual walau baru beberapa minit kenal macam tengah tunggu bas , tunggu giliran dekat bank , pergi bercuti etc . Ana pasti akan dapat at least seorang kawan baru .
  2. Suka melukis tapi tidak terlalu kreatif . Ana memang minat sangat melukis , tak kisahlah lukis view , potret , 3D pictures but ana bukan seorang yang terlalu kreatif . Ana juga sangat suka menconteng *gelak besar* means kalau boring sangat ana akan cari satu kertas and tulis apa saja yang terlintas dalam kepala .
  3. Soft-hearted *tembak diri sendiri* . Memang seorang yang sangat mudah tersentuh . Orang boleh menangis baca novel , menangis apabila dimarahi , menangis apabila ditipu , melihat kucing cacat and so on . Ana juga bersifat seperti itu . Ana juga seorang yang kuat merajuk but senang dipujuk . Trust me *gelak setan* .
  4. Sukakan kanak-kanak . Ana memang suka sangat dengan bebudak sampai sewaktu ana berumur 11 / 12 tahun macam tu lah , adik sendiri panggil ana 'mama' sampai ana berumur 14 sebab ana jaga dia , main dengan dia , mandikan , suap makan , tukar lampin etc . Ana juga pernah menjadi babysitter 2 minggu akhir SPM . Sewaktu masih berperang dengan SPM ana menjaga anak saudara yang ketika itu umurnya 14 Hari tapi alhamdulillah , masih tidak mengganggu konsentrasi ana mengulangkaji cuma memang harus stay up sampai dia lena dan memang terbangun-bangun jugak lah .
  5. Kaki shopping . Sifat ni kebiasaannya memang sebati dengan wanita kan? *krik krik krik* Kalau masuk shopping mall tak lebih 2 jam itu bukan ana *gelak setan* , kalau satu shopping mall tu kurang 2 jam ana akan cari tempat shopping lain . Biasanya kalau keluar shopping dengan family , masuk shopping mall lepas asar , nanti keluar mesti langit dah gelap , ekeke . Walau suka ber-shopping , ana bukan seorang yang materialistik .
  6. Minat aktiviti lasak . Tiada ulasan lebih lanjut , ekeke .
  7. Suka memasak , cuba resipi dalam buku resipi dan buat kek or kuih . Berangan nak create resipi brownies , ekeke .
  8. High heels-holic . Memang gilakan kasut tumit tinggi tapi tak sesuai pakai sekarang *ayah ana cakap* as umur tak sesuai but sekarang pakai jugak , weeeee .
  9. Pernah jatuh katil dua tingkat semasa berumur 5 bulan *plus minus* dan menangis dengan kuat .
  10. Pernah duduk tepi padang tengok ayah main bola dan ada orang sepak bola kene muka ana dan hidung berdarah semasa berumur dua tahun .
  11. Pernah demam teruk sehingga tidak ke sekolah hampir 2 bulan semasa berumur 7 tahun .
  12. Pernah disuspek menghidap paru-paru berair semasa berumur 9 tahun , rupa-rupanya sakit paru-paru berkuman .
  13. Menghidap lelah awal 2007 dan sembuh tanpa disedari sekitar tahun 2010 .
  14. Menghidap H1N1 ketika berita mengenai penyakit tersebut sedang hangat selepas sekolah diumumkan ditutup dan pulang ke rumah dari asrama . Sebaik keluar dari asrama ayah terus ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan .
  15. Ada 'kononnya' Migrain tapi masih tidak dapat disahkan penyakit sebenar sehingga CT Scan yang tak pasti bila akan dibuat . Appoinment bulan 2 nanti .
  16. *Nampak sangat dah malas nak tulis* Seorang yang rabun jauh tapi tidak suka memakai spek .
  17. Sulong daripada 6 adik-beradik .
  18. Pendidikan awal di Tadika Islam Ulu Bernam 2000-2001 . SK Ulu Bernam 2002 . SK Khir Johari Sg Sumun 2003-2007 . Sek Men Agama Persekutuan Kajang 2008-9/2011 .  Sek Men Keb Khir Johari Sg Sumun 9/2011-2012 . Sedang menanti pinangan USIM/UIA/lain-lain untuk 2013/2014-Graduate *awan-awan atas kepala* .
  19. *Nak tulis apa lagi* -_- UPSR 5A . PMR 8A 1B-B.Arab . Mengambil 11 subjek SPM and masih menanti dan berdoa untuk 11A+ in shaa Allah .
  20. Suka warna Putih , Hitam , Biru Cair , Hijau Cair , Merah Jambu dan Ungu
  21. Berketurunan : sebelah ibu ada India , Cina dan Jawa . sebelah ayah bugis .
  22. Bercita-cita mempunyai anak ramai *sila gelak*
  23. Sejak lahir suka tidur lambat , kalau dulu masa kecil suka main bawah meja and cakap sensorang *mama cakap* dan sekarang dah besar boleh tahan online 24jam .
  24. Lebih suka berjubah daripada berbaju kurung dan hanya memakai tudung bawal bidang 45 atau tudung yang sarung tu je di kawasan luar rumah .
  25. Suka jadi radio karat dalam rumah , kereta , bilik etc . Minat the AWESOME Zayn Malik , Harry Styles , Niall Horan , Louis dan Liam Payne (One Direction) , Taylor Swift , Jason Mraz , Avenged Sevenfold *lagu sahaja* , Yunalis Zarai , Melda Ahmad , Last Minute dan banyak sangat lagi :3
*Lap peluh* dan sekarang giliran mereka :

Farahuda , Niera , Kecik  , Le Carnet , Hayati , Cik Fie , Riehana , Syairel Ena , Nur F , Farrah , Rozaimah , Shairazi , Maria , Aizad , Rashdan , Nasran , Yaya , Nabila , Eyqa , Nur Ana , Rosalina , Saljiah , Aidura , Izyan , Zaki

3 comments:

Eyqa Hasnan said...

Thanks sebab sudi taggg :)

kekapas berceloteh said...

terima kasih sayang sebab sudi tag kecik <3 muahhh sikit pp ghahhaha

Ct Noraishah said...

Wahh...
suka no.4 tu :)