Sunday, December 22, 2013

Bekalan Ukhrawi Masih Sedikit ?

Siapa yang mampu menghitung dosa dan pahalanya ?
Siapa yang tahu sejak bila dihitung dosa dan pahalanya ?
Siapa yang mahu dosanya lebih banyak daripada pahala ?

Tiada , tiada jawapanku . Tiada siapa mampu , tiasa siapa tahu , tiada siapa mahu .
Bahkan manusia memang sentiasa dahaga .
Pahala juga didahagakan tapi liat membuat amal kebajikan .
Makin merisaukan akhir zaman dilimpahi segala kemaksiatan tanpa sedar dilakukan .
Makin hari makin merosot akidah umat Islam , makin bahagia iblis dan tenteranya .

Kita di mana ?
Lena ? Sedangkan iblis dan tenteranya , bersusah-payah menghancurkan impian kita untuk ke syurga .
Lena ? Walaupun telah banyak petanda kiamat dihidangkan kepada kita .
Lena ? Masih di takuk lama yang tidak memberi jaminan 'selamat' di akhirat nanti .
Masih mahu lena ?

Hati kita ?
Dengki dengan kejayaan orang tapi tidak berusaha untuk ke hadapan .
Lemah dek kegoyahan melawan nafsu , ditusuk-tusuk , dinoda dengan hasutan tentera iblis .
Cemburu dengan soleh dan solehah orang lain tapi tidak cuba untuk letakkan ikhlas dan 'hasan' dalam jiwa .
"Dalam diri manusia ada segumpal daging , jika baik daging itu maka baiklah seluruhnya manusia itu dan sebaliknya"
Masih mahu lekatkan titik hitam dalam hati kita ?

Cukuplah , cukuplah dengan kata-kata ini . Cukuplah pesanan dari diri yang juga kadang-kadang lalai dan terbuai dek panahan hasutan namun masih cuba dan akan sentiasa mencuba untuk memperbaiki agar diterima sebagai ahli syurga kelak . Cukuplah untuk sahabat fikirkan . Fikirkanlah , tingkatkanlah amal agar cukup bekalan kita di akhirat nanti .

Sunday, October 13, 2013

Aku Nak Move On

Salah satu topik yang ana rasa , tengah hot jugak . Kalau on twitter je , mesti Timeline sarat dengan 'move on' . Jadi curious jugak lah kan . Kenapa sekarang ni jadi hot . Sekarang ni ramai putus cinta ke?

'Move on'
Hanya pendapat ana .
Ana rasa bukan sebab sekarang ramai putus cinta tapi kalau on twitter tu banyak akaun yang bertemakan mantan , LDR , cinta dll . Jiwang-jiwang latuh kan . Akaun-akaun ni menyebarkan pengaruh sebenarnya . Maybe sebab tu orang lain pun terpengaruh dengan tweet-tweet mereka .

Ana pun nak move on .
Well , ana pun ada ex . Ana pun perlu move on . Ana sangat rasa tak perlu simpan lagi cerita lama yang memang tak perlu diingat . Ambil pengajaran sahaja . Semua orang nakkan someone yang setia . Boleh diharap . Ana pun sama , nakkan seorang suami yang soleh dan setia . Keep in mind yang kejarlah cinta matlamat bukan cinta alat . Kalau matlamat tercapai , lebih mudah nak capai yang lain-lain . Ana dah move on .

Kahwin cara move on .
Kahwin bukan sebab nak move on . Awalnya tak sangka akan lalui hebatnya begini tapi takdir Allah lebih hebat . Allah sedang merancang yang terbaik . Ana percaya Allah akan berikan yang terbaik . Kalau tunang ana sekarang orangnya yang Allah pilih . Ana tidak boleh mengelak daripada yang Allah berikan .

Cara-cara nak move on .
Firstly, kuncinya SABAR : Boleh jadi , kita gagal move on sebab tidak sabar . Asyik merungut sebab tak dapat lupakan . Asyik menangis sebab selalu teringat . Terasa macam nak getback .

Second, MAAF : Kita maafkan orang tu . Jangan simpan apa-apa perasaan dah . Kalau simpan sebab tu asyik sebak je dada . Sesak otak fikirkan dia .

Third, IBADAH : Allah kata "Inni qarib" (Sesungguhnya aku dekat) . Dekatkan diri sengan Allah . Labuhkan rasa cinta kepada al-khaliq . Kita kan Allah ciptakan untuk beribadah . Jadikan setiap amalan harian sebagai suatu ibadah dengan niatkan kerana Allah . Kejar kemanisan iman .

Bila tulis yang third tu sebenarnya dah cukup . Cukup untuk kita move on . Sedar tak , Allah yang kurniakan kita perasaan . Saat Allah ambil balik perasaan tu baru kita sedar kalau Allah nak kita ingat .

[From somewhere else]
1.Delete mesej
2.Delete gambar
3.Delete nombor(kalau nak)
4.Jangan stalk
5.Berhenti berharap



Wednesday, August 21, 2013

Buat hati yang lemah \(^^)/ "Inni qarib" Kata Allah .

"La Tahzan , Innallahmaana"

Tiada siapa yang tidak pernah berasa sedih .
Tiada siapa yang tidak pernah menangis .
Segagah lelaki pasti pernah menitiskan air mata .
Apatah lagi wanita yang lembut hatinya .

Dalam dunia ni , sememangnya manusia takkan terlepas dari ujian .
Tiada manusia yang beriman yang tidak diuji .
Bila Allah datangkan kesedihan , Allah kata "Inni qarib" (Sesungguhnya Aku dekat) .
Rujuklah pada Allah kekuatan , keyakinan dalam hati untuk hapuskan kesedihan yang kita alami .
Ujian Allah takkan lebih berat daripada yang kita boleh tanggung .
Allah uji sebab Allah sayang .
Mungkin sekarang amal kita bolong-bolong , istiqamah tiada kemudian kita merasakan kekurangan yang banyak , kita merasakan kita telah melakukan dosa . Alhamdulillah , kita masih ada iman . Allah lahirkan rasa takut kepada kita untuk melakukan dosa . Allah lahirkan rasa takwa . Takwa ni secara ringkas : Rasa takut untuk melakukan apa yang Allah larang . Kalau di rumah , berada dekat dengan mak ayah kita tidak berani melakukan apa yang akan membuatkan ibu bapa kita marah , setelah berada jauh dengan keluarga , kita rasa bebas kerana tidak dikawal tapi sebenarnya ibu bapa telah amanahkan kita rasa takwa ini . Kalau bukan kerana ibu bapa , ingatlah Allah sentiasa memerhati . Jika kita ke mana-mana , pandanglah mata sendiri , ingatlah kita ada dua mata , ibaratkan sebelah mak dan sebelah lagi ayah . Fikirkan , sanggupkah kita melukakan hati mereka .

Kesenangan yang Allah beri .
Juga ujian Allah . Allah ingin melihat apakah kita akan menghargai nikmat Allah . Adakah kita akan bersyukur (berterima kasih kepada Allah) atau kita kufur (merasakan tidak cukup) . Allah kurniakan kita kawan-kawan , kita perlu juga bersyukur . Allah hadiahkan kita pendamping . Bayangkan kalau hidup kita tiada orang yang nak berkawan ? Ingatlah kawan-kawan ini walau perlu dipilih tapi jangan pilih kasih . Dunia ni Allah beri peluang untuk kita cari bekalan ke akhirat . Dengan adanya kawan-kawan , mereka akan membantu kita memburu title ahli syurga . Apabila kawan kita seakan mahu jauh dari Allah , kita berusaha untuk tarik dia semula dekat dengan Allah . Kita di dunia perlu laksanakan 3 tanggungjawab utama iaitu sebagai khalifah , hamba dan da'ie . Takut ? Allah kata "Inni qarib" Kalau takut nak menasihati kawan , rujuklah Allah agar Allah berikan kelembutan hati kepada kawan untuk mendengar nasihat yang ingin kita sampaikan . Dah nasihat ? Perubahan tiada ? Kita hamba Allah yang tidak memiliki hidayah untuk diberikan kepada orang lain . Hanya Allah yang berhak memberi hidayah kepada siapa jua yang Allah hendak . Tugas kita , sampaikanlah nasihat . Jangan pernah berhenti , jangan berputus asa . Ini bukan masalah 'jaga tepi kain orang' tapi ini adalah masalah bersama kerana apa ? Kerana kita dijadikan hidup berjemaah . Sebuah jemaah itu ibarat 'cucuk paha kiri , paha kanan terasa' . Ukhwah yang lahir dari jemaah itu akan membuatkan kita rasa sayang , disebabkan rasa sayang , kita akan cuba untuk selamatkan kawan kita kerana tidak mustahil , jika kita endahkan sahaja kita juga mungkin tidak selamat .

Rasa takbur ?
"Astaghfirullahalazim"
Beristighfar sebanyaknya .
Allah kurniakan kita kelebihan , kita rasa riak .
Riak memang tidak boleh dikawal .
Jika ianya hadir maka dengan segera beristighfarlah .
Sekarang dilabel sebagai akhir zaman .
Bermacam-macam jenis perangai ada .
Namun , kita perlu kembali kepada fitrah yang manusia ni diciptakan untuk beribadah kepada Allah .
Siang Allah berikan untuk kita cari rezeki , tuntut ilmu , buat kajian dsb kerana dengan amal-amal soleh ini juga , akan mendekatkan diri kita pada Allah . Bangun pagi-pagi sebut "Allah , terima kasih . Allah sengaja aku melakukan apa jua pekerjaan pada hari ini sebagai ibadah kepadaMu ya Allah" Ibadah bukan solat semata-mata . Bila kita niat melakukan apa sahaja kerana Allah , inilah yang membezakan kita dengan bukan Islam . Kalau kita niat melakukan perkara yang baik kepada Allah , Allah dah beri pahala untuk kita . Kalau orang bukan Islam niat melakukan perkara yang baik , mereka dapat pahala ? Sudah tentu tidak . Betapa Allah Maha Pemurah , baru niat belum buat . Kalau dah buat lagi bertambah pahala . Malam Allah beri untuk rehat dan beribadah . Rehat bukan maksudnya tidur sekurang-kurangnya 6 jam . Sekarang kita dah set minda kita untuk lebih rehat sebenarnya . Selepas 2/3 malam (selepas isyak) ambillah masa untuk berehat sehingga 1/3 malam bersedialah untuk mengahadap Allah , bertahajud , berzikir , berdoa . Kata Allah "Inni qarib" . 

Indah hidup ini jika kita melakukan semua hal kerana Allah . Cukuplah jika ada Allah kita akan merasakan kita cukup segalanya . Kata Allah "Inni qarib" (Sesungguhnya Aku dekat)

Tuesday, August 20, 2013

HA KHA DA #3

Da untuk Da'ie .

Siapa Da'ie kalau bukan kita ?
Kita memikul tugas da'ie ini kerana telah dinyatakan dalam Al-Quran kita adalah umat terbaik . Umat terbaik yang membawa kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran . Kita tiada masa untuk menilai keburukan orang lain , berbicara dalam erti kata lain kutuk belakang atau suuzon dengan tindakan orang lain . Apabila kita lihat kemungkaran hendaklah kita cegah dengan 3 cara .

Yang pertama dengan kuasa yang kita ada sebagai contoh , kita adalah pengawas sekolah yang sedang melihat ada pelajar yang sedang ponteng maka hendaklah kita dengan berhikmah mengarahkan agar pelajar tersebut masuk ke kelas .

Yang kedua dengan nasihat . Menyampaikan nasihat adalah suatu cara menghalang kemungkaran . Nasihat yang bagaimana ? Kata-kata yang tidak mengguris hati (sopan) dan sampaikan dengan berhikmah . Seandainya mahu menyampaikan nasihat melalui FB juga dengan berhikmah . Apa guna Private Message ? Hantarkan saja PM yang berisi nasihat . Ingat , sampaikan dengan berhikmah .

Yang ketiga dengan hati . Kita tanamkan dalam hati yang kita membenci kemungkaran "Aku benci maksiat!" kemudian kita ajak diri kita sendiri ke arah kebaikan . In shaa Allah apabila kita menjadi baik kemudian aura itu tersebar , orang yang memandang juga akan terdorong kepada kebaikan . Penghijrahan itu suatu kebaikan .

HA KHA DA #1
HA KHA DA #2


Thursday, August 15, 2013

HA KHA DA #2

Seterusnya Kha yang membawa maksud Khalifah

Khalifah adalah setiap muslim dan setiap muslim itu adalah khalifah . Seperti firman Allah dalam Surah Al baqarah ayat 30 .

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah (pengganti, pemimpin atau penguasa) dibumi' Mereka berkata; Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih, memuji-Mu dan mensucikan nama-Mu? Dia berfirman, 'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui'.

Bidangkuasa khalifah dalam siyasah syar`ieyyah, diistilahkan oleh ulama’ sebagai tanggungjawab wilayah al-Ammah, ianya merangkumi segala bidang yang dapat mencapai kerahmatan hidup untuk manusia di dunia dan akhirat. Kerahmatan, kedamaian dan kenteraman hidup individu, keluarga dan masyarakat dan  keadilan hak dan tanggungjawab sesama manusia merupakan amanah Allah kepada manusia yang dilantik Allah menjadi khalifah-Nya di dunia ini....continue reading

Haa , besar tak besar amanah yang Allah beri ni . In shaa Allah , pupuk keikhlasan dalam hati semoga kita menjadi hamba yang diredhai , aamiinn .


Sunday, August 4, 2013

HA KHA DA #1

Bermula dengan HA iaitu Hamba

Sebagaimana kita common dengan perkataan hamba ni , bermacam definisi boleh diberi . Hamba kepada tuan , hamba kepada Allah , hamba kepada manusia?

Hamba di sini membawa skop Hamba Kepada Pencipta iaitu Allah S.W.T . Kita sebagai hamba yang Allah ciptakan bukan dipaksa untuk melakukan tugas berat sepertimana dalam Al-quran sendiri ada menyatakan bahawa "La ikraha fiddin" yang bermaksud "Tiada paksaan dalam agama ini(Islam)" tetapi Allah telah berfirman dalam Al-quran yang membawa maksud "Sesungguhnya tidak diciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku" . Berdasarkan ayat tersebut Allah tidak menyatakan kita diciptakan untuk menyembah Allah iaitu bukan kita wajib untuk solat sahaja tetapi menunaikan ibadah .

Ibadah ni sangat luas . Ada ibadah khusus , ada ibadah umum . Ibadah khusus adalah yang telah ditetapkan oleh syarak seperti solat , menunaikan zakat , ibadah qiamulail dan sebagainya . Ibadah umum pula ibada selain yang ada dalam Al-Quran iaitu ibadah termasuk amalan seharian manusia . Inilah yang membezakan kita dengan bukan Islam . Jika kita melakukan sesuatu amal , berpaksi pada niat kita kan? Kalau orang bukan Islam , niat dikira ke? Tidak . Betapa Allah Maha Pemurah , Allah kurniakan pahala untuk niat yang baik . Bila sebut sahaja "Allah" yang bermaksud kita sedang ingat pada Allah , pun dapat pahala . Subhanallah . 

Ni nak kongsi cerita . Ada 12 orang miskin yang akan diagihkan sekeping roti setiap seorang dan muncul seorang musafir dan telah mengambil bahagian roti seorang fakir maka hanya 11 orang fakir yang dapat roti dan ada seorang yang tak dapat , melihat fakir itu kelaparan , musafir tu pun berilah roti tadi dan disebabkan dia yang kelaparan musafir itu meninggal dunia . Apabila ditimbang amalannya , musafir itu telah membuat banyak kebaikan , ibadah and so on tetapi perbuatan mazmumahnya telah memberatkan timbangan sebelah kiri . Setelah disemak lagi ada satu perkara yang telah memberatkan timbangan sebelah kanannya iaitu dengan memberi roti kepada seorang fakir dan sanggup biarkan diri dia kelaparan , subhanallah . Itulah cerita berkaitan peranan manusia sebagai HAMBA .

TO BE CONTINUED 



Saturday, July 27, 2013

Half Sem Examination & Talk Kun Fayakun

GIVE IN .
Exam hari Khamis ni oke . Khamis ni tarikh 1 Ogos . Sedarlah wahai Hana yang malas , ulangkajilah . Belajarlah bersungguh-sungguh . Di sini bukan tempat untuk bermain-main lagi . Yang penting kumpul ilmu Allah sebanyaknya bukan tempat usha-usha bakal suami *eh* . Maaf Encik Bakal Suami , saya bergurau saja . Ingat Hana , beberapa hari sahaja lagi ni . Please improve . Hana perlu ubah diri . Berangan nak kahwin tu padam sekejap . Haiyoooo , Encik Bakal Suami , terasa lambat pulak tahun depan , esok ? Haishhhhhhh , stop dreaming lah Hana . You better change because no one can help you to improve yourself , got it ?

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)



Hana san ! Gambatte detsu ne !

Bi taufiq wa najah kepada kawan-kawan tamhidi , semoga peroleh keputusan cemerlang . Aamiinn . Ingat , Allah tidak pandang hasil lepas-lepas . Jika kita lurus A dalam SPM tak semestinya kita dekan setiap semester di universiti . Allah lihat pada usaha , walau usaha kita sedikit tapi yang sedikit itulah yang bakal mengubah sesuatu . #Pesanan pada diri dan semua .

JUMAAT , 26 Julai 2013 at DKP 3 , FST (USIM)
Kak Farah Lee datang ke USIM untuk Talk mengenai beliau sendiri . Sangat menarik sampai biasanya tidur kalau pergi mana-mana Talk tapi ni tak . Kak Farah Lee berkongsi bagaimana penghijrahannya dan beberapa tips untuk student serta banyak lagi . 

Ana dan Kak Farah Lee .



Wednesday, July 17, 2013

Half Sem In Tamhidi

Alhamdulillah , dah setengah semester dekat USIM , banyak sangat gelak , hari-hari gelak . Rasa terlalai banyak sangat tapi ada juga yang bermanfaat yang ana dapat . Alhamdulillah juga , dah 9 hari berpuasa . Hari makin hari makin tak pasti diri ini dah matang atau masih berjiwa dan berminda keanak-anakan . 1 dan 2 Ogos akan diadakan peperiksaan *eh macam sekolah* pertengahan semester pertama untuk pelajar tamhidi . Ana takut sangat sebab rasanya macam main-main je belajar , astaghfirullah . Kadang-kadang mood menyimpang ke mana-mana entah sampaikan lalai sangat dan dah tak ingat dah masuk U sekarang . Masih lagi kemaruk online , ya Allah , macam mana nak jadi mahasiswa mukmin macam ni ? Mahasiswa mukmin ? Itu matlamat atau ___________ . Allahu , banyak sangat Hana dah lupa . Kena tajdid niat semula . Format jangan , nanti hilang semua , cumanya perlu baiki sikit-sikit . Habit tak baik buang . Ingatkan diri , matlamat dan impian . Mana nak kejar dulu . In shaa Allah . Allahumma Yasir Wa La Tu Asir .

Embedded image permalink
#Tamhidi #QS_Class #USIM #DKS1.5 #Housemate . On right : Fatin Anis Mahirah .

Saturday, July 13, 2013

Kehilangan

Baru dapat tahu , kawan serumah akan berhijrah . Seriously tak nak jumpa kehilangan tapi takdir Allah . Amirah Mohd Azmi , semoga di sana nanti berjaya menjadi mahasiswa mukmin dan berjaya menjadi pendidik pada suatu hari nanti . Masha Allah , tahniah untuk Mirah . Semoga sentiasa diberi kesihatan dan dipermudahkan dalam menuntut ilmu . Hana sayang Mirah , nama kita dah lah sama . Mana nak cari ganti Mirah , takde . Takde siapa dah boleh ganti Amirah Mohd Azmi dalam Teratak Mahligai Indah . Nanti kami rindu Mirah . Jangan lupakan kami . Indahnya kebersamaan ini untuk dijadikan kenangan , indahnya ukhwah ini untuk dijadikan masa silam , moga kita mendapat naungan Allah di akhirat kelak .

Amirah dengan 'peace' . Will miss you .

Saturday, June 1, 2013

Pengenalan Dunia Baru

Khaifa halukum? Alhamdulillah ana dah selamat berada di USIM (: Alhamdulillah dah 3 hari berada di USIM . Ana telah menjalani hari ta'aruf selama 3 hari . Kuliah akan bermula pada hari Isnin . Alhamdulillah dapat jumpa rakan-rakan SMAPK . Tak sangka dapat jumpa balik mereka di sini . Memang nak cerita panjang tapi penat . Mungkin dari semasa ke semasa ana akan cuba update lagi . Ana terlibat dalam bidang perakaunan di sini . Doakan supaya ana tidak lari dari tujuan utama ke universiti ni . Syukran .

Embedded image permalink
Hari kedua Hari Ta'aruf USIM .


Embedded image permalink
Hari terakhir Hari Ta'aruf USIM .


Embedded image permalink
Jadual kuliah . Kuliah Isnin sampai Jumaat kecuali Khamis dan hujung minggu free .


Embedded image permalink
Forum . Pengisian selepas maghrib .


Embedded image permalink
Jumpa kawan baru . Ramai lagi kawan baru tapi ni salah seorang . Nama kami sama >.<

-End-



Saturday, May 25, 2013

FIRED .

Berhentikan diri sendiri dan ambil masa yang ada sehingga 30 Mei untuk berehat dan persiapkan diri ke unibersiti :O Macam takpercaya ohhh . Ana dah nak masuk unibersiti ohhh . Ohyaaa , actually memula masa dapat surat Jordan macam agak ternganga then dapat UPU pulak pun dah garu-garu kepala then menemui jalan istikharah dan akhirnya ana memilih jalan ke Universiti Sains Islam Malaysia . Doakan ana bebaik sahaja dan doakan semoga ana tidak lalai dan mencapai niat dengan bersungguh-sungguh untuk mengumpul ilmu Allah .

Ada cerita ana nak kongsi . Sepanjang bekerja di TF-Value Mart , ana dapat family yang sangat happening . Mereka memang awesome . Ana sayang sangat dengan family ni sampai sayang nak tinggal mereka .


Bawah dari kiri : Wani dan Kak Tyqah
Atas dari kiri : Kak Amy , Kak Sab , (Budak bertepung) , Kak Yana dan Kak Liza .
Ni gambar masa hari terakhir ana bekerja .



Ni hari gembira kitorang , hari tanpa masalah . 

Kebetulan hari ni , hari majlis perkahwinan Kak Sab . 25 Mei .


Abang Zul dan Kak Sab . Semoga Allah merahmati .

Semoga hubungan kita takkan berakhir di sini sahaja , aamiin .

-End-


Friday, April 26, 2013

Speechless

Memang dah lama gilaaaaaa tak sentuh blog ni . Dah ada 10 sarang lelabah youuuu . Maaf sangat tak dapat update mengenai Program Menara Gading Terengganu dan Program Menara Gading Kebangsaan tapi in shaa Allah , ada kelapangan ana tulis . Semua nak update pasal matriks lah UPU lah kan . Ni ana nak bagitahu jugak . Ana dapat matriks Perlis tapi dalam masa yang sama , ana sedang menguruskan pendaftaran ke Jordan . Haiyaaaa , siap dah passport . Borang dah isi . Hummm , ana rasa ana perlu istikharah sekali lagi . Kalaulah dapat UIA , in shaa Allah ana pergi . 

Ohyaa , orang ni sibuk kerja youuuu . Full time , 10 pagi ke 10 malam . Sebabtu tak dapat ber-dating dengan encik blog sayang . Haaaa , apa-2 biasanya ana update di Twitter / Instagram . 

Doakan ana semoga ke mana saja ana pergi  untuk menuntut ilmu Allah , keselamatan dan kesihatan terjamin . Aamiin .

Saturday, March 16, 2013

Ketahui Neraka Jahanam


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibril datang kepada Nabi SAW pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi SAW: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahwa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu Nabi SAW bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam itu.'

Jawabnya: 'Ya... Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya karena panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi, niscaya akan mati penduduk bumi karena panas dan basinya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur karena sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi SAW bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (artinya: yaitu yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah SAW: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibril:
'Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa AS. serta keluarga Fir'aun namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang Musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang Shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang Nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibril diam sejenak... Segan pada Rasulullah SAW, sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka Nabi SAW jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi SAW di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar Nabi SAW bersabda: 'Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, yaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian Nabi SAW menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar, kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah (dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yang Lalai').

Dari Hadits Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan, hal ini dapat menimbulkan keinsyafan kepada kita semua... Wallahu a'lam.

Al-Qur'an Surat Al-Baqarah Ayat 159 :

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Tuesday, March 12, 2013

Wordless Wednesday #1


Im better praying than being so afraid to face the important day (taking SPM result) . Ya Allah , please give Nurul Amirah Farhanah binti Abdul Razak the best in SPM result with the great attitude .

Im going to accept the challenge to be HAKHADA

Thursday, March 7, 2013

Program Menara Gading Negeri Sembilan 4 Day 3

Hari ketiga ana tidak ada untuk sepenuh program sampai tamat sebab bas ana pagi , jadi ana kongsikan mana yang ana sempat lah ye .

Bermula dengan kuliah subuh oleh Abang Razi , input yang diperoleh ialah 

IBADAH VS SEMBAH

Sembah : Sesiapa pun kita boleh sembah bahkan orang pun kita boleh sembah 
Ibadah : Berpaksi niat kerana Allah (doa pun dikira ibadah)

Kebanyakan kita apabila ditanya apakah maksud sembah pasti automatik akan jawab solat . Lebih sesuai perkataan ibadah kerana bermaksud mengabdikan diri kepada Allah sebab tu dalam Al-Quran , surah Adz-Dzaariyaat ayat 56

Tidak aku menciptakan manusia dan jin melainkan agar mereka beribadah kepadaku
Ibadah terbahagi kepada ibadah khusus dan ibadah umum .

Khusus : Apa yang telah disyariatkan dalam Al-Quran seperti solat , membayar zakat , berpuasa dan lain-lain 
Umum : Lebih kepada amalan harian (bergantung niat . mandi hari-hari beserta niat kerana Allah juga merupakan ibadah dan niat juga yang membezakan Islam dengan bukan Islam , subhanallah)

Kemudian ada slot yang menerangkan hala tuju selepas SPM oleh Abang Sharaf . Selepas SPM antara laluan seterusnya ialah asasi , matrikulasi , diploma , STPM/STAM/A-Level dan lain-lain.

Sikit sangat rasanya untuk hari ketiga , asif . In shaa Allah akan ana kongsikan lagi di lain entri . Ilal liqa .


Tuesday, March 5, 2013

Program Menara Gading 4 Negeri Sembilan Day 2

Kekuatan jemaah mengejutkan kami pada jam 4.45pagi dan bersiap untuk menunaikan qiamulail secara berjemaah . Kami menunaikan solat sunat taubat , solat sunat hajat dan solat sunat witir sebagai penutup . Sementara masuk waktu subuh , kami membaca al-quran yang juga ibadah qiamulail . Setelah selesai solat subuh secara berjemaah , kami dihidangkan dengan santapan rohani oleh Abang Razak yang merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa(UIA) . Kuliah beliau bertajuk 'Izzah Seorang Muslim' . Apa yang ana boleh kongsikan berdasarkan apa yang ana catat :

  • Nikmat ibadah perlu kita syukuri
  • Mahasiswa merupakan orang yang hebat
  • Perlu meningkatkan diri dengan pelbagai ilmu
  • Dalam surah Al-furqan ayat 63 , orang yang mulia adalah orang yang berjalan di muka bumi dengan rendah hati (bukan orang yang lemah-longlai) 
  • Infakkan harta di jalan Allah
  • Syaitan benci orang yang menghadiri majlis ilmu , syaitan akan bawa 3 benda : lipstik(bercakap dalam majlis ilmu) , celak(mengantuk dalam majlis ilmu) dan tongkat(bosan dengan majlis ilmu)
  • Orang yang dijanjikan syurga adalah orang yang hatinya lekat pada masjid
in shaa Allah dapat kita manfaatkan bersama tazkirah di atas .

Kemudian , pada hari yang sama , Abang Ali Imran dengan tajuk 'Menara Gading' telah menyampaikan sesuatu yang menarik . Beliau menyatakan bahawa kita sedang diancam hedonisme(hiburan melampau) dan mengalami krisis nilai
Krisis nilai dari sudut politik , etika sosial , pendidikan dan kekeluargaan . 

Awal perkembangan Islam , musuh tak dapat kalahkan kita sebab kekuatan akidah sampai satu masa , musuh Islam menemui jalan untuk mengalahkan kita dengan perang minda berbentuk dakyah yang mengejar 3G iaitu Gold , Gospel dan Glory . Tujuan 3G ialah untuk memutuskan tali antara umat Islam dengan Islam sendiri supaya hilang kekuatan akidah umat Islam dan kini kita seperti hidup dalam kebodohan . Anologinya ialah :

Pada suatu hari , mati seekor ibu singa yang baru melahirkan anak . Anak singa yang buntu berjalan dengan terpinga-pinga sehingga bertemu sekelompok kambing biri-biri . Anak singa hidup dengan biri-biri dan menjalani kehidupan seperti biri-biri iaitu makan rumput , mengembek dan lain-lain sampai singa menjadi dewasa sehingga pada suatu hari , sekumpulan serigala datang menyerang dan biri-biri bertempiaran lari . Dalam kelompok biri-biri tadi muncullah singa dan serigala berhenti mengejar biri-biri kerana tahu kekuatan singa lebih berbanding mereka . serigala mematahkan niat dan berpatah balik . Tiba-tiba , serigala dengar ada yang mengembek dan menoleh semula ke belakang , apabila serigala mendekati singa , singa mengembek dan apabila didekati lagi , singa mengembek lagi kerana ketakutan . Oleh sebab tidak tahan menahan ketawa , serigala batalkan niat untuk makan singa tersebut dan singa itu dibawa ke air untuk singa lihat wajahnya yang sebenar . Serigala memberitahu singa ialah singa dan bukan kambing .

Itulah anologi kita sekarang yang hidup dalam kebodohan di mana kita tahu diri kita Islam tetapi tidak mengamalkan garis syarak sebaiknya . Apa perlu kita berdiam diri? Ayuh bertindak! Jangan jadi seperti singa si atas .

Abang Ali Imran juga berkongsi mengenai Prof. Ridzuan Osman yang mengetuai Universiti Malaya(UM) untuk menaikkan prestasi UM di peringkat antarabangsa jadi beliau telah ke Ireland dan meninjau sistem pendidikan di sana dan mendapati kita tidak mampu menyaingi mereka kerana mereka telah memecut namun kita masih merangkak

Wahyu pertama yang diturunkan ialah "Iqra'" yang bermaksud "bacalah" . Ini menunjukkan bahawa kita perlu mendapatkan ilmu sebanyaknya supaya kita mampu memajukan diri sendiri seterusnya agama , bangsa dan negara . Kita perlu bertindak dengan perlu mengetahui prinsip-2 Islam secara total (perlu tahu matlamat) , kita juga perlu tahu beza nilai dunia dan akhirat , perlu tahu prinsip jahiliah dan kita perlu tahu bahawa kematian itu pasti .

Anologi nilai dunia ialah kambing yang apabila mati , dibuang . Ingin disampaikan di sini bahawa dunia ini tiada nilai , hanyalah sebuah jambatan ke akhirat . Allah janji , siapa yang nak dunia , dia takkan peroleh akhirat tapi kalau nak dua-2 , dia akan dapat dua-2 . 

Kita juga perlu ada ilmu dan beradab dengan ilmu yakni memanfaatkan ilmu yang kita punya dengan sebaiknya . Sebagai contoh kita tahu meja makan untuk makan jadi meja bukan untuk duduk . Ilmu juga adalah untuk diamalkan sepanjang hayat bukan untuk diperam jadi pekasam .

Abang Ali Imran

Seterusnya , dalam kumpulan kami perlu membandingkan mengenai kejayaan dan kegagalan seseorang berdasarkan artikel akhbar dan mengambil pengajaran daripadanya , latihan dalam kumpulan yang kedua ialah 'Silent Mode'


Ada orang buta , orang bisu dan orang pekak .

Orang yang bisu harus menyampaikan kepada yang buta dan pekak untuk membina menara dengan menggunakan kertas . Cabaran ini mengajar untuk tidak berputus-asa dalam mencapai sesuatu walau pelbagai halangan yang datang . 

Kami juga ada forum . Abang Adam sebagai moderator , Abang Raza dan Kak Afiah sebagai ahli panel . Forum ini mengandungi perkongsian aktiviti selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) oleh kedua-dua panel dan sesi soal jawab .

Kami juga ada aktiviti luar yang kelakar , ekeke .


Menggunakan keyword untuk ke hadapan , ke belakang , ke kiri dan ke kanan , 2 orang yang ditutup matanya perlu mengutip 9 biji bola kertas yang disepak-sepak oleh fasilitator .

Pada sebelah malam , kami ada debat dengan usul 'Anak Luar Nikah , Salah Siapa?' . Setiap kumpulan mewakili pihak individu , ibu bapa , guru dan masyarakat yang perlu menyatakan salah siapa dan kenapa. 



Konklusinya , semua pihak salah , hahaha . Debat ini cuma untuk melatih semua peserta untuk berani bercakap . Kita semua perlu tahu tentang isu semasa . Setiap orang ada perspektif ilmu . Kita sendiri tak patut memperbodohkan diri kita . Suatu perubahan itu berperingkat . Kalau perubahan drastik , maka kejatuhan pun akan drastik . Debat ni juga buka minda supaya lihat dunia luar walau duduk dalam suatu tempat sahaja . 

Khalas untuk hari kedua .

Monday, March 4, 2013

Program Menara Gading 4 Negeri Sembilan Day 1

Dah lama rasanya tak pegang keyboard ni so hari ni nak taip banyak-banyak tapi antum kene janji baca sampai habis tau . Ini perkongsian ilmu juga pengalaman berada di Program Menara Gading(PMG) kali ke-4 peringkat Negeri Sembilan .

Pada tanggal 22 hingga 24 ana telah ke Seremban untuk menghadiri satu program iaitu PMG di mana bertujuan untuk mendedahkan kepada bakal mahasiswa tentang kehidupan universiti . Walaupun ana dah pergi sebelum ni di Selangor , menarik PMG kali ni dijalankan di Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum , Seremban . Haaa , bayangkan pelajar di sini berumur 7 hingga 12 tahun sudah duduk di asrama . Ini pastinya pengorbanan yang cukup besar , boleh menghafaz lagi , sungguh beruntung anak-anak ini dan ana sendiri rasa rugi kenapa tidak ana ditakdirkan menjadi seperti mereka . Ana di usia mereka hanya pergi sekolah , balik , main , makan tapi segalanya ketentuan Allah .

Ana dapat tahu tentang program ni 3 hari sebelum program dijalankan dan ana terus mendaftar . Ana sebelum ni tidak diizinkan sama sekali naik bas sewaktu belajar di SMAPK dulu tapi kali ni dengan izin umi ana , ana naik bas ke Terminal One , Seremban . Ana dijemput di stesen oleh Kak Atiqah(fasilitator) .

Semuanya berjalan lancar alhamdulillah . Kami dikenalkan dengan fasilitator dan memilih Tok Batin(ketua peserta lelaki) dan Mak Dara(ketua peserta perempuan) . Kami diterangkan mengenai 5S iaitu Salam , Selawat , Senyum , Santun , Susun . Setelah solat maghrib , kami disajikan dengan kuliah maghrib oleh Abang Tarmizi bertajuk 'Niat' .

 kami dibahagikan ke dalam kumpulan dan memulakan sesi taaruf . Kami membincangkan kepentingan taaruf iaitu antaranya dapat mengeratkan silaturrahim , berkongsi idea , pandangan dan apabila kita kenal seseorang mudah untuk kita meminta tolong ketika dalam kesusahan . Taaruf juga adalah suatu tuntutan syarak sebagaimana dalam surah hujurat ayat 13 dan sebagai melengkapi 4T iaitu Taaruf(berkenalan) , Tafahum(saling memahami) , Takaful(saling menjamin) dan Ta'aun(saling membantu) . Kemudian kami membincangkan mengenai kehidupan di universiti yang memerlukan usaha sendiri untuk dapatkan ilmu , di universiti kita perlu kejar lecturer bukan tunggu disuap dan perlu didik keikhlasan , jaga ikhtilat(perhubungan) antara bukan muhrim dan jaga hubungan dengan Allah . Kemudian kami menunjukkan skill melukis , ekeke . Kami diminta untuk melukis belon dan cawan . Aktiviti ni sebenarnya nak beritahu kepada kami mahasiswa perlu ada kelainan , perlu berfikiran lebih terbuka , perlu 'out of the box' supaya tidak hanya duduk di takuk yang sama . Best sangat ! Belajar perkara baru >.< Itu saja untuk first day :)



Lokasi program


Ketua fasilitator , Abang Azuwa



Tuesday, February 19, 2013

Takkan Melayu Hilang Di Dunia

Dalam POST sebelum ini , ana ada tulis mengenai program yang ana pergi dan Ustaz Mohamad Abdullah telah membuka suatu rahsia tentang masyarakat Melayu yang sebenarnya hebat . Kita juga dikagumi oleh rakyat Rusia di Saint Petersburg , tak percaya? 

Betapa mereka kagum dengan orang Melayu dan juga negara Malaysia . Sebenarnya video yang kami , peserta PMG dapat tengok lebih panjang . Di awal , ada rungkaian rahsia Barus . Dengan bantuan The Gorgouse Google :

"Betapa hebatnya bangsa Melayu ini sehingga Nabi Muhammad S.A.W memerintahkan sahabat baginda mengIslamkan Raja Raja Di Nusantara."
Kronologi pengIslaman Raja Raja Melayu adalah di sini 

Nabi Muhammad SAW diangkat jadi Rasul = (610 Masehi, 13 tahun sebelum Hijrah).

1 Hijrah = 622 Masehi. 

Perkampungan Islam wujud di BARUS, Sumatera = 3 Hijrah (625 Masehi). 

Rasulullah SAW wafat = 11 Hijrah (632 Masehi)

Saidina Zaid bin Harithah dihantar ke LAMURI, Sumatera = 35 Hijrah (655Masehi). 

Kesultanan ZABAJ ISLAM (Jambi) = 99 Hijrah (718 Masehi). 
Kesultanan SAMUDERA = 205 Hijrah (820 Masehi).

Kesultanan PERLAK = 225 Hijrah (840 Masehi)

Kesultanan LAMURI = 349 Hijrah (960 Masehi)

Kesultanan LANGKASUKA = 530 Hijrah (1136 Masehi)

Kesultanan PASAI = 665 Hijrah (1267 Masehi) 

Kesultanan ACEH DARUSSALAM = 901 Hijrah (1496 Masehi)


Wilayah Islam di Dunia Melayu

Menurut catatan sejarah, Islam sudah sampai ke BARUS, Sumatra 15 tahun setelah Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul, iaitu Tahun 3 Hijrah (625 Masehi). Satu rombongan diketuai oleh Sahabat Rasulullah SAW bernama Abdullah bin Mas'ud RAbersama 100 rombongan Qabilah Tachiek direkodkan sampai ke Barus. Pada ketika itu sudah berlaku perkahwinan antara pedagang Muslim dari Tanah Arab dengan wanita Melayu. Islam sampai ke China lebih awal, iaitu sekitar 616 Masehi (7 tahun sebelum Hijrah) dibawa oleh Sahabat yang bernama Saad bin Abi Waqqas RA. Sahabat bernama Zaid bin Harithah RA di hantar ke alam Melayu pada 35 Hijrah (655 Masehi) iaitu kira-kira 40 tahun setelah Saad RA sampai ke China.

JAMBI (ZABAJ ISLAM) dipercayai merupakan kerajaan Islam paling awal di Nusantara. Secara kebetulan pula, kerajaan inilah yang juga disebut Kerajaan MELAYU. Nama MELAYU dan JAMBI digunakan bersilih-ganti dalam banyak teks sejarah. Perkataan 'MALAYU' ditemui diukir pada sebuah tugu dianggarkan berusia sekitar 1286 Masehi. Ia ditemui di Padang Rocore, berhampiran muara sungai Batang Hari.

BARUS

Berikut adalah petikan mengenai sebahagian dari sejarah Islam di Barus, semoga bermanfaat:

633-661 M
Dikatakan pemerintahan Khulafa Al Rasyidin telah menjalin hubungan dengan beberapa kerajaan di Sumatera, termasuk Mendailing. Tapi hubungan itu masih sekedar hubungan antara negara dalam sebuah upaya untuk menjalin hubungan kerjasama ekonomi. Kapur barus, emas, merica dan rempah-rempah lainnya. Sumatera dikenal dengan istilah Zabag. Beberapa catatan mengenai kedatangan utusan dan pelaut Muslim ke Barus dan pelabuhan Sumatera lainnya yang dikuasasi Sriwijaya pernah didokumentasikan.

661-750 M
Pelaut-pelaut Arab yang Islam mulai berdatangan secara intens di masa pemerintahan Dinasti Umayyah. Kedatangan mereka untuk misi dagang tersebut telah membentuk kantong-kantong muslim di tanah Mendailing, khususnya Barus, yang tentunya terjadinya transfer ilmu pengetahuan kepada penduduk setempat melalui medium non-formal.

718-726 M
Islam berkembang pesat di tanah Barus. Di lain pihak Islam berkembang di Sumatera masuknya beberapa raja Sriwijaya kepada Islam. Diantaranya Sri Indra Warman di Jambi.

851 M
Seorang pedagang Arab berhasil mendokumentasikan kedatangannya di kota Barus. Laporan Sulaiman itu pada tahun 851 M membicarakan tentang penambangan emas dan perkebunan barus (kamper) di Barus (Ferrand 36).

Dicatat bahwa para pendatang asing seperti Romawi, Yunani, Arab, Cina, India, Persia dan dari kepulauan Indonesia lainnya telah membangun kantong-kantong pemukiman yang lengkap dengan prasarana pendukungnya di Barus. Penambangan emas dan perkebunan kamper tersebut merupakan contoh bahwa kedua komoditas ini telah diolah secara modern dan bukan didapat secara tradisional di hutan-hutan.

Sekarang ini ahli sejarah menemukan bukti-bukti arkeologis yang memperkuat dugaan bahwa sebelum munculnya kerajaan-kerajaan Islam yang awal di Sumatera seperti Peurlak dan Samudera Pasai, yaitu sekitar abad-9 dan 10, di Barus telah terdapat kelompok-kelompok masyarakat Muslim dengan kehidupan yang cukup mapan (Dada Meuraxa dalam Ali Hasymi, Sejarah Masuk dan Perkembangan Islam di Indonesia, bandung PT Al Maarif 1987). Kehidupan yang mapan itu pula memungkinkan mereka untuk hidup secara permanen di kawasan ini yang sudah pasti didukung oleh sarana pengembangan ilmu pengetahuan agar mereka tidak tertinggal dengan pesaing lainnya.

Sebagai pelabuhan yang sangat masyhur, Barus menjadi tujuan pendidikan tertua bagi masyarakat Mendailing. Hal ini dikarenakan bahwa Barus merupakan wilayah Mendailing yang paling mudah dicapai oleh orang-orang Mendailing dari pedalaman yang ingin menimba ilmu. Jalan-jalan menuju Barus telah dirintis rapi oleh pedagang-pedagang Mendailing yang ingin menjual kemenyan dan membeli produk jadi dari Barus. Sampai era tahun 1980-an, madrasah-madrasah tradisional Barus masih menjadi primadona tujuan pendidikan di tanah Mendailing sebelum akhirnya digantikan oleh Mandailing dengan pesantren-pesantrennya yang sudah modern.

Masuknya gelombang pedagang dan saudagar ke Barus mengakibatkan penduduk lokal Mendailing di lokasi tersebut; Singkil, Fansur, Barus, Sorkam, Teluk Sibolga, Sing Kwang dan Natal memeluk Islam setelah sebelumnya beberapa elemen sudah menganutnya. Walaupun begitu, mayoritas masyarakat Mendailing di sentral Mendailing masih menganut agama pagan sehingga Perang Padre.

Kelompok Marga Tanjung di Fansur, marga Pohan di Barus, Batu Bara di Sorkam kiri, Pasaribu di Sorkam Kanan, Hutagalung di Teluk Sibolga, Daulay di Sing Kwang merupakan komunitas Islam pertama yang menjalankan Islam dengan kaffah.

Nota Kaki
Orang Batak terhad kepada Danau Toba sahaja. Mereka ini berugama Kristian . Ada yang maseh mengamalkan kepercayaan pagan . Setelah Belanda menjajah Wilayah Mendailing, mereka menamakan Wilayah itu sebagai Wilayah Batak.

Orang Mendailing menduduki wilayah tanah subur di kawasan pergunungan dan lembah . Mereka ini memeluk ugama Islam dalam 2 pharasa iaitu semasa percamoran dengan pedagang dan mubaligh Arab dan juga semasa Perang Padre yang diketuai Imam Bonjot. 


Begitulah sebenarnya hebatnya masyarakat Melayu dan seharusnya masyarakat Melayu kini boleh menjadi hebat . Think and act ! 

Monday, February 18, 2013

Review 400TH Follower and A Part Of Me

The Misai . Ohyeaa !

Bertemakan ke-purple-an yang comel dan blog yang simple , kemas , sedap mata memandang as tuan dia pun , comel gituuu . Setinggi terima kasih kepada anda kerana sudi follow blog ana . Ohyaa , sepertinya blog ini baru diterbitkan , jadi marilah kita serbu beramai-ramai . Maaf sangat tak boleh nak ulas panjang . Babai 

Lots of love ,
Amy Hana .


As yawls can see dekat title tu 'a part about me' so ni hari ni lah , tadi pergi hospital and jumpa doktor then cakap lah dekat doktor , effect makan ubat ana takboleh tidur and memang ubat tu ada side effect insomnia so doktor try bagi ubat lain so tadi dapat lah Propranolol HCI 40mg dengan Sumatriptan 50mg . Dos yang sederhana . Then doktor dah set-kan MRI di Ipoh but tunggu 2 weeks lagi untuk tahu date untuk MRI tu . Okay babai .

Sunday, February 17, 2013

Program Menara Gading 13 Selangor Day 4

Nak cerita hari last ni berat betul hati . Okay , biar ada melankolik background sikit lah kan , baca dalam sepi ditemani bunyi cengkerik , ahha . Okay tak lawak . 

Hari last ni pepagi as usual je cumanya kami dah siap turun dengan bebarang sekali bawa ke dewan kuliah , letak dekat luar dewan tingkat atas . Then dalam dewan , ada ucapan perasmian penutup PMG . Selepas itu kami di-divide mengikut cawangan , ana tercampak dalam cawangan lain-lain negeri dengan 14 orang peserta lain iaitu Abdul Rahman , Muhd Helmi , Salwa , Farhan , Mimi , Akmal , Arif , Syamil , Syafiq , Hafizah , Yakin , Hanif , Adiela dan Faiz .

The girls and the kakak fasi beside me yang pakai spek dekat luar tu named Atikah . Okay boys takda gambar , haha .

Kami sebenarnya diarah oleh Kak Atikah untuk melakar graf kehidupan dan menceritakannya tetapi tiba-tiba rezeki kami bertemu dengan Abang Ali Imran dan Abang Khairul Fahmi yang menceritakan serba sedikit mengenai kehidupan IPT dan menanyakan kami jurusan dan universiti pilihan kami . Kami juga diberitahu untuk turut serta dalam Persatuan Pelajar Islam untuk setiap negeri supaya kami menjadi pewaris pelatih mahasiswa mukmin akan datang , in shaa Allah . Kemudian kami masuk ke dewan kuliah semula , ada special gift untuk kami , perserta PMG . 
Taraaaa ! :D



Kami juga ada *lap air mata*

Semua semangat nyanyi last day , sob sob :'/

Opps , lupa gila , sebenarnya kami ada special guest yang deliver special talk . Orangnya selalu muncul di TV9 dan TV Alhijrah . 


Beliau ialah Ustaz Mohamad Abdullah yang diberi gelaran al-amin , hebat sungguh beliau ni . Beliau menyampaikan sesuatu yang kami tak dapat di mana-mana , alhamdulillah kami memperoleh ilmu yang sangat berharga dalam PMG ni . Semoga program sebegini terus ada dan akan sentiasa memberi ilmu yang bermanfaat bagi bukan sahaja bakal mahasiswa tetapi kepada lebih ramai pelajar sekolah rendah , sekolah menengah dan mungkin juga kepada orang ramai , in shaa Allah .

Haaaa , ni nak cerita orang special sepanjang program ni ialah bermula dengan seorang pemilik BLOG ni . Namanya Sakinah , secantik nama , secomel orangnya , haaa . Seterusnya , Auni yang juga teman serumah tapi lain bilik . Dia kelihatan orang yang tegas dan dia juga seorang yang peramah . Auni sebilik dengan Nabila . Nabila sangat baik , dia ada bagi buah oren :D ayah dia yang bawakan . Ana juga serumah dengan Hafizah dan Nasuha . Mereka ni satu sekolah . Hafizah baik sangat sebab share topup as ana out of credit , hehe . Nasuha pun baik jugak and peramah . Next are Adiela and Intan . Adiela memiliki sifat lembut and sopan . Intan pulak orang yang happy-go-lucky gituu . Mereka adalah teman serumah yang AWESOME ! Alhamdulillah .

Last words , big thanks untuk semua fasilitator dan tenaga kerja yang bertungkus-lumus menggerakkan PMG untuk melahirkan bakal mahasiswa mukmin dan in shaa Allah kami akan sahut cabaran untuk menjadi mahasiswa kopi o.O hehe . PMG GO GO GO! SEMANGAT PMG! MAHASISWA MUKMIN! 

I miss those momments with you all in PMG and im glad if somedays tiba-tiba kalau terserempak or else ada orang tegur like "Assalamualaikum Hana NATURA" Brrrrrrrr ! *tembak diri sendiri* or apa-apa yang mengingatkan fasal PMG ni dengan confirmnya ana tahu orang tu pun masih 'ber-PMG' lagi . Rindunyaaaaaaaaaaaaa 4 hari 3 malam tu :'( *kesat hingus* Okay , tak senonoh .

Amanat , wallaaaa :D *booooooo*



Klik link bawah untuk hari ketiga dan dalam entri tu ada link untu hari kedua dan pertama .



Saturday, February 16, 2013

Program Menara gading 13 Selangor Day 3


Pepagi burung tak berkicau pun kat sini , berbeza pada hari ketiga selepas solat sunat dhuha , kami buat satu halaqah putera puteri berasingan ye . Kami berbicara mengenai HAKHADA . Sangat menarik , jarang-jarang dengar mengenai perkara ni , alhamdulillah dapat ilmu yang sangat banyak di sini . Bermula dengan HA stands for HAMBA . KHA pula untuk KHALIFAH dan DA untuk DA'IE . Ketiga-tiga perkara ni sangat berkait rapat dengan cita-cita kami peserta PMG iaitu untuk menjadi mahasiswa bukan sebarang mahasiswa tetapi kamilah MAHASISWA MUKMIN , in shaa Allah . Kita ialah Hamba apabila kita mentaati perintah Allah , dan menjauhi larangan Allah . Siapa bilang kalau mentaati perintah Allah tu susah? Sememangnya bukan senang menjadi Hamba Allah yang terbaik tapi kita mesti terus berusaha , sekurangnya kita melakukan sesuatu .

"BETTER HAVE SOMETHING THAN NOTHING"

Haa , kan? ni nak kongsi cerita yang Ukhti Susilawati ceritakan berkaitan HAMBA . Ada 12 orang miskin yang akan diagihkan sekeping roti setiap seorang dan muncul seorang musafir dan telah mengambil bahagian roti seorang fakir maka hanya 11 orang fakir yang dapat roti dan ada seorang yang tak dapat , melihat fakir itu kelaparan , musafir tu pun berilah roti tadi dan disebabkan dia yang kelaparan musafir itu meninggal dunia . Apabila ditimbang amalannya , musafir itu telah membuat banyak kebaikan , ibadah and so on tetapi perbuatan mazmumahnya telah memberatkan timbangan sebelah kiri . Setelah disemak lagi ada satu perkara yang telah memberatkan timbangan sebelah kanannya iaitu dengan memberi roti kepada seorang fakir dan sanggupbiarkan diri dia kelaparan , subhanallah . Itulah cerita berkaitan peranan manusia sebagai HAMBA . 

Kita juga adalah khalifah apabila kita boleh memimpin diri kita dan orang lain . Segaimana dalam al-quran ada menyatakan kita adalah umat terbaik , yang mengajak kepada kebaikan dan membenci kemungkaran [Al-Imran : 110] . Kita juga merupakan pendakwah (Da'ie) tapi jangan ingat dakwah itu menyeru kafir untuk masuk Islam tetapi dakwah kepada kebaikan kepada sesiapa sahaja .

Selesai halaqah kami , kami bergerak ke makanan :O opps , fefaham lah . Selepas sarapan kami ke dewan kuliah then kami bergerak masuk ke dalam kumpulan then kami buat aktiviti dalam kumpulan yang seterusnya *nampak macam malas nak cerita je , HAHAHA* then kami memulakan aktiviti yang pertama dengan bancuh kopi dan rebus lobak merah :D Haha , tipuu jee , actually nak sampaikan kepada kami jadilah seperti kopi yang boleh adapt dengan air yang panas as anologi untuk dugaan kehidupan sebagai mahasiswa dan jangan lah jadi macam lobak merah yang lembik bila masuk dalam air panas , menarik bukan? *krik krik krik* then kami main kacang hijau , eh bukan main tapi sebenarnya boleh lah dikatakan main , macam game jugak . Kami harus menyusun biji kacang hijau tu ke dalam 9 kotak 



yang mesti setiap baris ada 15 biji dan fixed 5 biji di kotak di tengah-tengah . Macam main tic tac toe lah pulak . Kemudian game yang kedua ialah masak-masak :D Hoho , nope lah , kami just kene create resipi sendiri . Berbagai-bagai resipi ni dikaitkan dengan pelbagi persatuan yang ada di universiti nanti , cuma kami bakal mahasiswa ni harus bijak memilih *senyum kambing* *keluar mentol atas kepala* Okay , stop berimaginasi .

Beralih ke sebelah sore iaitu petang , kami ada Le Tour De UPM *main bedal* sebenarnya dalam tentatif namanya Le Tour De Campus , bukan Langkawi okay , takda basikal . Macam treasure hunt gituu , nak gempak lagi panggil explorace tapi dia ada nama lagi hebat lah iaitu "Kalau tak dipecahkan RUYUNG masakan dapat SAGUNYA" *panjang gila babeng* , haha . Checkpoint akan dipanggil ruyung , ruyung ada 9 , kalau dah pergi setiap ruyung dapatlah klu seterusnya , itulah sagunya -_- *main taram bin tibai* Let the pictures speak . Walaaaa :D serba sedikit mengenai gamenya .


Memindahkan air dari satu botol ke botol yang lain .


Telur Ke King .


Atoto , sweeet gilaaa , wkvwkvwkvwkv >.<


Main 'DAM' *bukan empangan*

Okay , actually ada lagi but tak jumpa gambar , maaf *muka seposen* . Game ni ambil masa lama , sampai pukul 6 and kami dibenarkan mandi pada hari ketiga ni , yeay ! :D So wangi lah sikit , LOL . Kami juga ada persembahan daripada gabungan dua universiti . Kami diarahkan untuk mempersembahkan apa sahaja untuk explain mengenai game yang ruyung-ruyung tu so hasilnya memang macam-macam , semuanya hebat ! :D Ada yang buat sketsa , pantun , presentation and so on . Lebih menarik , ada persembahan daripada abang fasilitator . Mereka berlakon , power jugak mereka dalam lakonan sampai sakit pipi ana gelak , haha . Setelah membaca al-mulk maka selesailah untuk the third day .
Taraaaaa ! :D





Last entri esok jadi tungguuuuuuuuu...