Friday, December 7, 2012

Meluahkan Perasaan -.-


Salam Alaikum . berminat untuk membebel malam ni . sampai hari ni jee dah 3 entri -.- okengg sekarang ana nak meluahkan perasaan yang dah lame terpendam :3 pendam ape? Ada suka . ada sedih . actually nak menceritakan the whole story along my journey as SPM candidate 2012 ;)

From the beginning of 2012 there's no worries as SPM macam*macam je lah . lame lagi . Ana macam goyang kaki . online . hang out :3 Then ujian Mac datang and result keluar dengan macam ni :-

B. Inggeris - 72 B+
B. Melayu - 80 A
Ekonomi Asas - 75 A-
Matematik - 86 A
Matematik Tambahan - 44 E
Prinsip Akaun - 72 B+
Sejarah - 55 C
Sains - 82 A

Gred Purata Pelajar - 3.78


Habis ujian ana kembali relaks dan goyang kaki again . nampak sangat belajar untuk exam >.< astaghfirullah sehinggalah ketibaan ujian pertengahan tahun and result die result goyang kaki lah :-

B. Inggeris - 60 C+
B. Melayu - 92 A+
Ekonomi Asas - 65 B
Matematik - 89 A
Matematik Tambahan - 40 E
Prinsip Akaun - 66 B
Sejarah - 55 C
Sains - 73 B+

Gred Purata Pelajar - 4.44



Omak den ! hamek kau . rasakan result 'cantik' tu . pengajaran die jangan relaks lepas exam :3 setelah beberapa bulan berlalu . tibalah masa menghempas pulas usaha untuk ujian Julai tapi tak banyak sekolah buat jadi slip hanya dikeluarkan oleh sekolah . tak rekod di SAPS dan hasilnya :-

B. Melayu - 91 A+
B. Inggeris - 76 A-
Sejarah - 57 C
Mathematics - 82 A
Science - 60 C
Additional Mathematics - 71 B+
Prinsip Akaun - 72 B+
Ekonomi Asas - 78 A-

Gred Purata Pelajar - 3.36

Ahha untuk ketiga-tiga exam di atas tiada markah untuk 3 subjek SPM yang ana ambil*Quran Sunnah . Syariah . Arab tiada pembuat soalan sebab ana belajar sendiri tanpa guru*

Slip trial tiada dalam sumber yang ana ade lah >.< plus ana tak ingat :DD result di atas ana dapat daripada sumber yang boleh dipercayai ---> Kad Laporan Pelajar :^^V

Selepas trial kami semue cuak habis*pejam mate rapat-2 . ade yang baru nak study*macam ana :P . ade yang rileks jugak tapi taktahu lah kalau dalam hati die cuak jugak . ade yang still lepak malam . ade yang dah buad part time -.- sampai tarikh keramat 5 November 2012 tiba . kami dihimpunkan di tapak perhimpunan yang sememangnya terletak di hadapan dewan exam . kami diberi sarapan . kami berdoa bersama . kami mendengar nasihat guru-2 . salam guru-2 sebelum masuk dewan dan hari pertama peperiksaan berjalan dengan baik :) alhamdulillah ^^V hari berganti hari . tibalah tanggal 5 Disember 2012 . ana berpeluang membuka tag guni soalan*guni? Saje hiperbola tapi memang guni punss . peluang tu sebab ana satu-2nya calon yang mengambil Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah . betapa *taktahu nak cakap ape . apabila dijaga oleh 4 orang pengawas selama 2jam 30minit . 30 minit terakhir dihabiskan dengan berbual bersama pengawas >.<

Hari terakhir peperiksaan iaitu 6 Disember 2012 sangat menggembirakan ana apabila terlalu excited untuk menghabiskan sisa-2 tempoh di penjara SPM . wahaaa :DD alhamdulillah segalanya berakhir dengan baik :)
dan acara penutup diadakan dengan membaling tepung gandum :DD sangat seronok ! Sini untuk usha-2 ---> Party Tepung Gandum :')


Buat semua guru :') dari mengajar mengenal ABC sehingga guru yang membantu untuk SPM ni :-
Cikgu ,
Tanpa cikgu tiadalah saya hari ini . tiada ilmu yang saya dapat .
Sesungguhnya cikgu adalah sebahagian yang telah melengkapkan perjalanan hidup saya .
Terima kasih kerana sudi mengajar . tanpa jemu memberi ilmu walau anak didikmu ini nakal sikit >.<
Saya akan sentiasa ingat akan jasa tulusmu , cikgu
In Shaa Allah saya akan sentiasa mendoakan kesihatan , dimurahkan rezeki dan sentiasa diberi kekuatan untuk mendidik anak bangsa :')
Halalkan ilmu yang telah cikgu beri ;)

-Terima Kasih Cikgu-


Buat semua rakan :')
Sahabat . kawan tadika . kawan sekolah rendah(yang ana paling ana ingat mase darjah satu Asyraf sebab duduk sebelah rumah and petang-2 tangkap belalang >.<) kawan sekolah menengah :-
Terima kasih atas sokongan . dorongan dan perkongsian ilmu
Semoga kita bersama-sama mendapat kejayaan dengan cemerlang beserta akhlak terpuji
Jangan lupa orang ni taoo >.<
Semoga ukhuwah yang terbina takkan terputus dan sentiasa dirahmati Allah ^^V


Most important : Buat ayahanda dan bonda tersayang . Encik Abdul Razak Haron dan Puan Norlia Othman :-
Terima kasih atas sokongan . perhatian . dorongan . doa siang malam . tiup kepala setiap pagi . semangat yang telah dipinjamkan :') Yun sayang mama abah ! :') sayang sangat ! <3 In Shaa Allah Yun akan didik bakal mujahid mujahidah Yun sendiri nanti dengan cara mama abah didik kami semua anak-2 .
In Shaa Allah . walau di mana Yun berada . Yun akan mendoakan mama abah :') Semoga usaha mama abah diberkati dan dengan berkat itu Yun akan mencapai yang terbaik nanti ^^


Buat readers :-
Ana sentiasa berterima kasih kerana membaca ;) dan mendoakan untuk ana dalam SPM ni . Semoga kita semua dirahmati oleh Allah . Love yawls ;)


Wahaaaa >.< banyak sangat kee dah? Tak kanns? :P okemm . dengan ini maka done here ;) tata yawls ^^


-teruskan berdoa untuk umat Islam di Gaza :')-


2 comments:

Mohamad Hanafi said...

untunglaa dh habih SPM .. merdeka la ya ~
btw, done follow your blog :D

Amy Hana said...

Ahhaa . merdeka SPM jeaa >.< okenng . thanks follow . will follow u back :)