Sunday, October 14, 2012

Islam Adalah Suatu Cara Hidup :') -renungan bersama-



(: ASSALAMUALAIKUM :)

K aku sedih . sedih sangat :'/ tapi aku percaye semuanya dari Allah . Allah yang mentakdirkan semua nee :'{

ASAM GARAM BERDAKWAH :')

Pasti kita sendiri maklum . Nabi Muhammad berdakwah dengan penuh cabaran tapi baginda tak pernah berputus asa :') Hari ini sahabat aku cuba mencontohi kekuatan Nabi dan diaa cuba menasihati kawan FBnya . aku dapat lihat kesabaran diaa :') subhannallah . walau dia dimaki dia tetap sabar ^^ alhamdulillah . Ya Allah syukran kerana memberikan aku sahabat sepertinya :') 

-Semoga Semakin Tabah dan Tidak Berputus Asa Ya Sadiqi :)-



WAY OF LIFE :)

Memang tak dapat nak dinafikan semua orang faham maksud way of life tapi tak ramai mengaplikasikan islam sebagai cara hidup walau pada realitinya mereka adalah islam . mereka bangga mengaku islam tapi tidak mempraktikkan yang wajib mahupun yang sunat :'{ dan ada juga yang fasik means dia beribadah tak tinggal yang wajib yang sunat tapi hatinya tetap kufur dalam erti kata lain mencampurkan yang baik dan yang buruk dalam amalan seharian . nauzubillah min zalik . mintak Allah jauhkan dari kita :') aminn ya rabb . makin hari makin ramai yang tak sedar sebenarnya jumlah umat islam semakin bertambah lagi pun suatu saat nanti pasti kebenaran akan diketahui . kebenaran bahawa islam agama yang syumul dan agama yang benar walau Allah tidak boleh dilihat tidak boleh digambar cuba kita renung boleh ke dunia tercipta dengan akal manusia sedangkan tiada siapa boleh buat hujan turun dan berhenti dengan kemahuan dia . boleh ke manusia terlahir sendiri walaupun ada mitos mengatakan manusia asal dari monyet bagaimana dengan kejadian monyet pula sedangkan manusia Allah cipta ada akal dan binatang tidak . ramai antara kita yang buta agama tapi hatinya tahu Allah ada . ada juga tahu tentang agama tahu Allah ada tapi tidak mengamalkannya . ada juga terlalu terbuka sehingga berani mengaku ateis . nauzubillah min zalik . jadilah kita manusia yang celik agama dan mengamalannya :) semoga Allah redhai ape yang kita lakukan saban hari dari bangkit tidur sehingga melelapkan mata . wallahu a'lam 

INGAT YEE ^^

  • Agama Islam adalah agama yang suci , jangan biarkan Islam dipandang rendah kerana sikap kita sendiri
  • Jangan pinjam 'Islam' untuk dipandang pada kad pengenalan tapi amalkanlah dalam kehidupan seharian
  • Dalam Islam tiada istilah dosa masing-2 kubur masing-2 , kita diciptakan tidak sendirian untuk saling mengingati antara satu sama lain
  • Hayati Islam dan jadilah umat Islam :')


Sudut Menyalin >.<

✿ NILAI SEORANG PEREMPUAN ✿

✿ Apakah nilai seorang perempuan SOLEHAH?
❋ Berapakah harganya di sisi Allah SWT?

✿ Jawab Al-Khawarizmi, seorang pakar Matematik Islam:

❋ Jika wanita SOLEHAH dan BERAGAMA = 1
❋ Jika dia CANTIK, tambah 0 kepada 1 = 10
❋ Jika dia KAYA, tambah lagi 0 = 100
❋ Dan jika dia dari KELUARGA BAIK-BAIK, tambah lagi 0=1000
❋ Tetapi jika yang '1' tiada…

✿ Maka, tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok ' 0 '

----------------------------------------------------